Oleh
Nooraini Khaironi
Salam sejahtera semua.
Di sini saya kongsikan caranya.
Nooraini Khaironi
Kenangan Aidil Adha, bulan pertama Ahmad Syafiq dapat lesen memandu.
Sudah memandu kereta Proton Mak Longmya ke JB.
Kami sekeluarga beraya di rumah Adinda Mursidah.
Subhanallah, banyak rahsia terbongkar...tapi melucukan😅
Salam sejahtera semua.
Hari ini sudah masuk hari yang ke-32 PKP. Mungkin para pendidik ada yang kekeringan idea apa lagi aktiviti yang boleh anak-anak didik buat semasa di rumah. Paling gersang hendak memastikan aktiviti berkenaan lebih memudahkan para ibu bapa melaksanakan di rumah dengan anak-anak dalam suasana yang seronok dan ceria.
So, hari ini saya mencadangkan sesi bercerita dari gambar dalam album keluarga. Contohnya moment semasa mereka kecil. Ataupun semasa pergi holiday. Atau kenangan semasa bersama Datuk dan Nenek.
"Adik penat, lepas kita orang malam-malam main air kat bath tab.
Best sangat sebab Umi dan Ayah tak marah. "
Kenangan kami sekeluarga ikuti rombongan ke Medan.
"Umi, Kina memang dari dulu suka baca buku ke?"
Sejak usia 4 tahun Nur Sakinah memang suka membaca.
Objektifnya untuk menanamkan rasa penghargaan saat bersama. Pada masa yang sama ia membina hubungan kekeluargaan. Mengimbau masa silam. Tanda tunjukkan penghargaandan kasih sayang kepada anak-anak.
Di sini saya kongsikan caranya.
Ibu bapa boleh menentukan waktu yang sesuai. Dimana aktiviti ini boleh dilakukan semasa waktu lapang dan santai. Kaedah penyampaiannya, ibu atau bapa boleh bercerita secara silih ganti. Sambil memangku anak kecil. Duduk dalam circle yang harmonis. Nada suara jelas, namun berintonasi penuh kasih sayang. Sesekali beri peluang anak bertanya soalan. Gelak tawalah dengan anak-anak penuh bahagia.
Seterusnya selitkan rasa kesyukuran. Sekiranya Datuk atau Nenek telah meninggal dunia. Bimbing anak-anak untuk membacakan Al Fatihah. Rangsang juga rasa empati anak-anak dengan golongan kanak-kanak yang serba kekurangan. Secara langsung galakkan ibu bapa membina asas sifat belas kasihan dalam diri anak-anak. Ini membantu membina asas kemahiran sosioemosi dan nilai kemanusiaan dalam diri anak-anak.
Mungkin sesi ini diadakan bagi jangka masa 5 hingga 8 minit je. Videokan. Kemudian mohon ibu bapa hantar dalam group FB Taska dan Tadika. Ia akan menjadi memori terindah kenangan ayah dan ibu bercerita sambil memangku mereka.
Buatlah #sayanganakhinggajannah.
Para pendidik juga boleh buat dengan rakan-rakan sekerja yang sama-sama tinggal di Taska atau Tadika.
Ia akan membina ukuwah. Inilah yang saya dan rakan-rakan bekas rumah sewa lakukan. Reunion PKP dalam whatsapp group.
Cubalah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan