oleh
Nooraini Khaironi
Secara umum persepsi pendidikan adalah kena belajar pandai-pandai untuk dapat A+++ supaya dapat kerja yang bagus pada masa depan. Itu anak-anak seawal usia 5 tahun sudah di hantar hadir kelas tuisyen. Bagi kanak-kanak lelaki khususnya yang mindset fitrahnya bidang mekanikal dan kejuruteraan misalnya akan dikategorikan lembam. Kerana mereka ini jenis kanak-kanak yang tidak boleh fokus kepada kecemerlangan akademik. Itu yang mereka 'kreatif'. Lalu pelbagai eksplorasi dilakukan. Misalnya 'geng basikal lajak'. Bayangkan jikalau mereka ini dihimpunkan untuk latihan teknikal mekanikal tentang basikal. Insyaallah bakal tercipta basikal yang boleh melahirkan juara sukan berbasikal Negara. Seperti klaster geng pelajar robotic. Satu set robotic itu cecah ribuan. Sudah barang tentu anak-anak basikal lajak tak mampu. Akhirnya mereka dipadang negatif oleh masyarakat.
Umpama perjuangan En Zul Design turut dikira 'pelik' dengan ciptaan perkakas yang local standard namun telah banyak membantu usahawan kecil di luar bandar dan pinggir bandar.
Ehhh.. pening la...apa kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara?
Argh.....tu kerja kerajaan. Kerja Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan.
Tanggungjawab Cikgu le....untuk pandaikan anak kita kat sekolah...
Ibu bapa yang bestari,
itu dulu. Ia tak sesuai lagi.
Kita perlu berganding bahu dan ambil tahu asas utama kenapa anak kena ke sekolah. Oleh sebab itu perlu pentingnya ibu bapa ketahui tentang isu kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang menfokuskan kemenjadian murid.
Jika dirujuk kepada artikel Asmawati dan Fathiyah (2012) bertajuk Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam : Hala Tuju dan Cabaran, falsafah membawa makna cinta kepada HIKMAH. HIKMAH pula dikenali sebagai pemikiran aras tinggi. Juga dimaksudkan dengan bijaksana. Matlamat utamanya adalah untuk menggali kebenaran atau hakikat hidup yang seimbang bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Bab ini tidak didendangkan oleh tokoh akademik kepada kita (ibu bapa). Bahawa ibu bapa kena tahu bahawa Falsafah Pendidikan Negara inilah menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Ia selaras dengan Rukun Negara dan Dasar Sosial bangsa Malaysia yang merdeka, masyarakat majmuk yang harmonis.
Di samping itu matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara terperinci mahu untuk melahirkan (jadikan anak kita) insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Yang akhirnya akan menjadi seorang warganegara yang baik (berintegriti dan boleh bersaing di peringkat dunia). Dalam erti kata lainnya Falsafah Pendidikan Negara asas utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang (jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial) dan kepercayaan kepada Tuhan (agama). Asas agama penting kerana ia keperluan untuk memastikan fitrah diri manusia terpelihara.
Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri anak-anak kita berkhidmat kepada masyarakat serta mensejahterakan alam sekitar juga.
Amalan ini kena dipupuk sejak mereka kecil lagi.
Iaitu sejak di rumah lagi.
Maknanya itu tanggungjawab kita.
Tak gitu 😊😊
Ketahuilah bahawa
pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat. Sebelum jadi ibu bapa, masa kecil kita bermain pondok-pondokkan. Besar sikit (awal remaja), emak kita beri tanggungjawab bersihkan rumah, urus membersihkan bilik, membantu beli barang keperluan dapur dan ikut aktiviti gotong-royong (lain-lain aktiviti kemasyarakatan).
Kini, kita selaku ibu bapa kena tanamkan sifat tanggungjawab berkenaan kepada anak-anak kita pula.
Itu perlu kita bersama sekolah dalam aktiviti Persatuan Ibu Bapa Guru bagi meneruskan budaya bersosial ini. Oleh kerana anda adalah role model kepada anak-anak Anda.
Ia lebih berkesan jikalau ibu bapa bermula sejak anak-anak di Taska dan Tadika lagi.
Fitrah manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan pengalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada kehidupan manusia. Cabaran hidup ini bersesuaian dengan peringkat usia.
Justeru itu sesuai dengan Teori Hayat Hidup Vygosky, kanak-kanak di peringkat Taska dan Tadika juga Prasekolah telah diasuh kemahiran berkolabirasi, penyelesaian masalah dan kemahiran berkomunikasi secara empati.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Selain daripada itu tujuan pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga, anggota masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Khususnya semasa PKP ini, anak-anak perlu dididik akan sifat SYUKUR dengan ALLAH beri nikmat, bersederhana dan empati kepada mereka berkhidmat di frontliner dan mangsa Covid 19.
Saya tertarik dengan review Matah-ary akan Buku Falsafah Hidup karya Prof. Dr. Hamka. Antara yang menjentik naluri kesedaran tanggungjawab diri tentang coretan Allahyarham Pak Hamka adalah;
Di era manusia hari ni berlumba-lumba untuk “lebih”, “lebih” dan “lebih” dalam segala aspek, Pak Hamka mengajarkan indahnya memupuk kesederhanaan dalam kehidupan. Kesederhanaan menjadi kunci kebahagiaan dan ketenangan. Cukup apa adanya. Tidak melebihi dari apa yang menjadi bahagian dari kemampuan yang kita miliki.
Cekal dan hindari sifat mengeluh. Itu ciri-ciri individu yang relatif rendah kualiti. Sebaliknyan gunakan kebijaksanaan membuat keputusan dan menggunakan kuasa mutlak memilih Anda bersandarkan falsafah hidup yang benar.
Jadinya, saya mengingatkan diri juga menyarankan kepada para ibu bapa dan bakal-bakal ibu bapa ambil pedulilah membaca artikel berkaitan pelajaran atau pendidikan di Malaysia. Walau ada kekurangan dari segi pelaksanaannya tetapi ia telah didirikan berdasarkan kesesuaian bangsa Malaysia yang berbilang kaum.
Rujukan :
Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhrudin (2012) Gagasan Pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam:Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2),201257-70
SKHA, 2013
http://istimewa-skha.blogspot.com/2013/11/falsafah-pendidikan-negara.html
Matah-ary (2018) Falsafah Hidup Prof. Dr. Hamka
http://matah-ary.blogspot.com/2018/10/falsafah-hidup-prof-dr-hamka.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan