oleh
Nooraini Khaironi
Subhanallah...
Bagaimana kita membimbing anak-anak untuk tadarus Al Quran?
Nooraini Khaironi
Sumber: Whatapps Group ISNO Family
Selaku ibu bapa, dalam tempoh bulan Ramadhan ini hendak anak-anak kita jinak untuk membaca Al Quran atau bertadarus Al Quran. Secara sukarela.
Subhanallah...
Nikmat ini melalui suatu proses bimbingan dan asuhan yang panjang. Ia sebenarnya perlu dimulakan sejak usia 3 tahun. Di sini dikongsikan pengalaman saya, kini setelah mereka remaja baru dapat dilihat mereka menyerlahkan kefahaman 'seronok' membaca Al Quran dalam tempoh Ramadhan selepas solat. Syukur, anak-anak mampu urus masa dan set target jumlah muka surat Al Quran seharian.
Bagaimana kita membimbing anak-anak untuk tadarus Al Quran?
#1. Selaku ibu bapa kita perlu menjadi role model kepada anak-anak syurgawi kita. Oleh itu amalan membaca Al Quran perlu kita jadikan rutin harian. Oleh kerana rutin ibu bapa membaca Al Quran sebenarnya didengari dan diperhati oleh anak-anak. Tambah pula anda sendiri mengajar mengaji anak-anak. Kemudian kita sentiasa memantau amalan membaca Al Quran anak-anak sebagai aktiviti harian mereka. Sungguh pu mereka tinggal di asrama atau kolej.
#2. Khususnya bulan Ramadhan, sudah pasti kita selaku ibu bapa berimpian aktiviti membaca Al Quran atau dipanggil sebagai Tadarus Al Quran lebih mesra sebagai aktiviti harian kita sekeluarga. Tambah bahagia apabila alunan bacaan Al Quran sentiasa bersenergi dalam setiap ruang persekitaran rumah kita. Allah hu Akhbar. Allah hu Akhbar. Allah hu Akhbar.
#3. Jom wujudkan Whatapps Group Tadarus Al Quran dalam kalangan ahli keluarga yang boleh membaca Al Quran dalam semua peringkat usia. Misi utama adalah memberi galakan kepada individu yang telah memilih juzuk (satu daripada juzuk 1 hingga 30) untuk urus disiplin diri membaca ayat-ayat Al Quran hingga selesai.
#4. Mereka yang telah selesai membaca isi kandungan juzuk pilihan, mereka akan tick dalam Group Whatsapp (rujuk contoh di atas). Ini faktor yang memotivasikan diri anak-anak untuk membaca Al Quran setiap hari. Saya perhatikan anak-anak saya berlumba dengan para sepupu untuk menyelesaikan mission menyempurnakan bacaan Al Quran Juzuk yang telah dipilih.
#5. Namun perlu kita ingat, selaku ibu bapa kita perlu sentiasa mengingatkan diri aktiviti tadarus ini berfokuskan membudayakan amalan membaca Al Quran. Bukan untuk cepat selesai. Oleh kerana anak-anak kita berlainan keupayaan tahap keupayaan membaca Al Quran. Anak yang cerdas kita raikan. Manakala anak yang kurang cemerlang dan lambat kita dekati dan dampingi dengan kata-kata motivasi
"bahawa para Sahabat Nabi pun baru baca Al Quran usia dewasa.
Begitu juga para mualaf. Mereka tetap bersungguh membaca Al Quran.."
Inilah impak luar biasa kepada amalan membaca Al Quran dalam PKP ini. Kepada anak-anak yang telah selesai mission mereka, galakkan untuk memulakan mission khatam Al Quran untuk diniatkan kepada kecemerlangan diri pula.
Manakala anak-anak yang tidak boleh lagi membaca Al Quran boleh digalakkan Iqra atau Muqaddam atau mengamalkan bacaan ayat-ayat Juzuk Ammar.
Di samping itu melipatkan gandaan berzikir. Misalnya pada hari biasa lepas solat zikir 33 x. Pada Ramadhan Zon PKP tingkatkan lepas solat atau pada masa lapang tingkatkan zikir kepada 2000x. Juga selawat tingkatan 2000x setiap hari. MasyaAllah.
Inilah magik PKP. Makluk Covid 19 sebenarnya Allah S.W.T. mahu kita tingkatkan kualiti ibadah pada bulan Ramadhan 1441H.
Jom hidupkan Ramdhan dengan amalan ibadah kita.
InsyaAllah banyak nikmat Allah akan kita miliki rezeki yang di luar jangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan