oleh
Nooraini binti Khaironi
foto: Sandy Millar @sandym10
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaum ibu khususnya mungkin ada yang rasa remas melihat anak kecil 6 tahun ke bawah asyik bermain. Mungkin tidak kurang mengeluh penat mengemas barang permainan.
Dulu saya pun demikian. Anak berderet. Khususnya masa anak yang sulong berusia 6, kedua berusia 4 dan bongsu 2 tahun (puteri). Dua orang hero π¦π¦π§.
Suatu hari tedengar ceramah seorang ustaz bahawa
"anak adalah ujian kepada ibu bapa.....
.....usahlah kita menjadi hamba kepada raja ciptaan kita iaitu anak kita....."
Ucapan itu amat menyentap hati. Yang lebih syahdu melihat keadaan 3 remaja berakhlak mulia kehilangan ibu, namun mampu mengurus diri, rumah dan berjaya dalam pelajaran. itu pengalaman khidmat sukarelawan yang terkesan dalam kehidupan dan mengubah cara hidup membesarkan anak-anak.
Iaitu ilmu keibubapaan dalam membina kemahiran untuk anak-anak menerus hidup dalam keadaan yang berkualiti sekiranya kita selaku ibu telah tiada kelak.
Ciri-ciri berkenaan tersenarai dalam kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 Prasekolah (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2016. Pindaan 2017)
Berikut untuk tahap murid prasekolah;
Rajah di bawah bagi murid sekolah rendah.
Hasil refleksi masa melatih anak mengurus keperluan sekolah pada hujung minggu. Pada masa itu anak yang sulong umur 10 tahun, anak kedua 8 tahun dan yang bongsu 6 tahun di prasekolah.
Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 yang boleh kita selaku ibu boleh mulakan di rumah adalah;
1. Kepimpinan dan tanggungjawab ; mereka kena basuh kasut sekolah. pakaian sekolah basuh dan gosok sendiri (bayangkan keadaan. comot dan berkedutnya.π..setahun pekak telinga dan tahan malu. Syukur kini,mereka dah duduk asrama dan kolej. Semua mampu urus diri. Kami hanya memantau untuk perbaiki mana yang perlu). Hingga kini urusan membersihkan rumah masih kami amalkan agihan. Cabaran ibu kena bijak diplomasi. Paling penting fokus kepada faedah jangka masa panjang. Kena kental semangat untuk disiplinkan anak.
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah; duit belanja hingga kini ayahnya akan bekalkan ikut jumlah keperluan saja. sejak sekolah rendah setiap hari sekolah pagi (sekolah kebangsaan) petang (sekolah agama) duit belanja RM2.00. Setiap malam kena masukkan dalam tabung 20 sen. Untuk tersebut untuk belanja ke pasar malam. Bagusnya mereka akan kongsi duit untuk kongsi makanan malam. Sekarang ni, budaya mufakat di kalangan mereka bertiga. Alhamdulillah. Malah saya bersyukur apabila kemahiran ini dapat membantu anak kedua menguruskan tugasan sebagai Exco Kediaman Kolej. Paling nyata kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bantu membina ketahanan mental dan kecekalan diri anak-anak. Dengan syarat kita selaku ibu perlu sedikit kemahiran pendengar yang baik dan empati. Kita perlu bimbing dari segi integriti.
3. Komunikasi dan kolaborasi; membina hubungan saling menghormati di kalangan ahli keluarga. Contohnya adik kena ketuk pintu sebelum masuk bilik abang. Adik tak de laptop, so kena minta izin jika mau pakai laptop abang. Abang pula kena fleksibal dalam hal ini. Antara lain ia membina kemahiran bertolak ansur. Ia bina suasana harmoni.
Ketiga-tiga ciri ini akan membina sifat kepinpinan dalam diri anak-anak. Jikalau tak jadi pemimpin, mereka mampu menjadi pengikut yang bertanggungjawab kepada kepimpinan sama ada dalam kelas atau kelab sekolah. Matlamat utamanya jadikan anak kita murid yang boleh patuh disiplin.
Merujuk kepada gambarajah di atas, apakah ciri yang anda lakukan di rumah?
Elak ...
π ke sekolah je....
Contohnya etika dan kerohanian ... amalan jujur, amanah, menyampaikan maklumat yang benar dan bijaksana menyelesaikan tanggungjawab seperti homework ... termasuk anak parsekolah atau tadika.
Identiti nasional ... rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai budaya kita sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Kita boleh ceritakan kepada anak-anak. Khususnya pada tempoh PKP berilah masa sesi bercerita dengan anak-anak.
Jikalau kita tidak mempunyai kemahiran satu bahasa iaitu Bahasa Melayu. So, buat teka-teki makna simpulan bahasa atau peribahasa. πsenang aje π
Selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Berikut kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21:
Kemahiran pembelajaran dan inovasi
Kemahiran maklumat, media dan teknologi
πPKP ni anak-anak di taska dan tadika kini telah ada online class. So mereka telah didedahkan dengan pembelajaran vitual seperti di institusi pengajian tinggi.
Kemahiran hidup dan kerjaya π Di rumah kita boleh mulakan. Anak minat bidang masakan, beri sokongan beli bahan yang dia perlukan. Bagaimana pun kena ikut kesesuaian keupayaan kita.
Dalam Edtechreview, ia suatu cabaran kepada para ibu bapa utuk menyediakan anak-anak seawal usia prasekolah kemahiran pembelajaran Abad ke-21.
Apa matlamat Kurikulum Prasekolah
memperkenalkan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21?
Untuk pengetahuan ibu bapa semua, matlamat kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 yang memasukkan element IT adalah menyediakan murid prasekolah yang mampu menghadapi cabaran, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeingingn untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Rujukan :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017.: Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia. http://anyflip.com/celdv/
Mohd Ariffin b. Abdul Latif.PPD Batu Pahat
Pembelajaran Abad Ke-21(2015)
http://mimbarkata.blogspot.com/2015/12/pembelajaran-abad-ke-21.htmlWhat New Role Does 21st Century Learning Create For Parents? - Part 1 (2014)
https://edtechreview.in/trends-insights/insights/992-what-new-role-does-21st-century-learning-create-for-parents-part-1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan