Al Fatihah kepada Allahyarhammah adik Nurul Nadirah.
Sesungguhnya hati saya teruntun dengan berita di dada akhbar berkenaan kejadian ini.
Memang selaku ummah Islam kita perlu redha dengan ketentuan Allah.
Sungguhpun demikian akal kemanusiaan saya berbunga pelbagai persoalan.
Di manakah perikemanusiaan dan sifat keinsanan individu yang memperlakukan si mangsa?
Tiadakah sekelumit rasa sayang?
Tidakkah beliau ada pendengaran apabila mangsa menjerit kesakitan?
Bukankah dia tahu api itu panas?
Dan apabila terkena kulit akan terasa sakit.
Tidakkah beliau merasai kesakitan apabila secebis demi secebis anggota badan si kecil dijamah oleh kepanasan api?
Tidakkah beliau terasa hiba mendengar rintihan si kecil menangis mohon ikhsan?
Sudah barang kali, si kecil akan menangis kesakitan.
Menangis mohon kasihan.
Menangis kerana teramat ketakutan.
Menjerit kerana kesakitan.
Menjerit kerana kepanasan.
Dimana hilangnya pertimbangan selaku orang dewasa yang sepatutnya memberi perlindungan dan pertolongan kepada insan yang lemah seperti anak kecil ini?
Ya Allah
Kau berikanlah kekuatan iman kepada seluruh ahli keluarganya
Khususnya kepada ibunya
Aku dapat merasakan kekosongan akan kehilangan seorang cahaya mata
Oleh kerana hamba mu ini jua pernah kehilangan (keguguran) puteri kembar
Hanya Engkau Maha Penyayang dan Maha Mengetahui
Hanya kepada Engkau Ya Rahim
Daku mohon ketenangan
Amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan