Selasa, 28 April 2020

KEMBARA JANNAH MULA HARI INI


oleh
Nooraini Khaironi

Kita hamba Tuhan.
Laksanakan ibadah suatu tuntutan. 
Menuju Jannah impian setiap  insan beriman.

Petikan : FB Nooraini Khaironi, 20/12/ 2017. 1.44am.

Kita adalah Khalifah Allah.  Anak-anak adalah anugerah Allah.  Semuanya adalah Ummah Nabi Muhammad SAW.    Hamba  kepada Ilahi.

Sehubungan dengan itu kita selaku ibubapa secara automatik ditauliahkan selaku pendakwah.  Oleh yang demikian, segala urusan mengenalkan Allah dan menyantuni akhlak Sunnah Rasulullah SAW tertanggung atas bahu kita semua.

Hal ini seiringan dengan amanah bahawa ibubapa adalah pendidik utama.  Daie pertama kepada anak-anak.  Zuriat benih legasi keturunan kita.  Dengan itu wujudkan suasana madrasah dalam rumah kita.   Selaras dengan ungkapan baiti jannati.  Ertinya rumah ku syurga ku.

Justeru itu mengajar  ketauhidan Tuhan adalah tugas hakiki ibubapa.   Proses tarbiyah ini dimulakan dengan menyedarkan diri  sendiri dan ahli keluarga yang dicintai bahawa hidup di dunia hanya sementara.   Amal ibadah kepada Yang Maha Esa tunjang utama hidup  hamba kepada Pencipta-Nya.

Amanah tersebut merupakan tanggungjawab yang telah ditauliahkan oleh Ilahi sejak azali.  Dan menyakini bahawa akhirat akan menjelma juga amanah termaktub dalam plan kehidupan tercatat oleh kalam Al-Khaliq dalam Al Quran mukjizat Nabi Muhammad S.A.W..

Lantaran itu kita perlu membimbing diri mempersiapkan diri.   Mulakannya pada saat ini.  

Selaku pembimbing anak-anak, usah bertangguh untuk meningkatkan mutu amal ibadah kepada  Ilahi.   Gunakan setiap saat hela nafas kita yang Allah kurnia untuk berzikir kepada-Nya.   Pada setiap detik kesempatan yang diberi penuhi dengan amalan kebaikan dan kebajikan kepada makhluk alam.  Bukan sahaja untuk diri kita.  Ia juga melibatkan keseluruhan ahli keluarga. 

Dalam hal ini, saya sering berbisik dalam hati ;

“Anak tidak cemerlang dalam akademik, suatu perkara lumrah dunia ujian kehidupan.  Mungkin juga anak-anak kita boleh menduduki peperiksaan ulangan.  Ataupun anak kita boleh membuat menukar bidang pendidikan yang lain.  Malangnya sekiranya kita gagal dan kecundang dalam urusan di Padang Mahsyar maka padahlah dia.  Kecundang jualah kita selaku ibubapa. Kerana akhirat kekal abadi.”

Demi sedar mengejar kejayaan dunia ini terkadang kita alpa  berkemungkinan jiwa anak memberontak kerana impian kita jauh tersasar daripada keupayaan inteleknya.

Statistik menunjukkan peningkat bilangan anak-anak yang stress.  Paling menyedihkan ada yang mengambil tindakan di luar keimanan seperti terjun bangunan dan membunuh diri.

Antara asbabnya  ramai ibubapa menekankan belajar untuk dapat A++ dalam peperiksaan.   Suatu pencapaian yang berasaskan intelek akal logik sahaja.   Sedangkan hati dan jiwa kosong dengan Iman dan amal membangunkan nurani.    

Di mana kita mengabaikan nilai A untuk Allah dalam urusan seharian diri. 

Menyedari hal itu kita selaku ibu bapa hendaklah mengambil langkah mengharmonikan hubungan antara kita dan anak.  Serentak dengan itu kita kembali ke pangkal jalan menuju keredoan  Tuhan. 

Lantaran itu kita perlu lengkapkan anak-anak dengan Iman.   

Berikut tindakan yang ibu bapa boleh amalkan bagi menghidupkan roh Khalifah Allah dalam diri anak-anak iaitu:

1.     Sunnah mengazan dan qamat dilakukan ketika menyambut kelahiran anak.  Kemudian budaya berkenaan diteruskan sepanjang hayat.  Dalam solat berjemaah misalnya.  Usah cemari pendengaran anak dengan bunyian yang lagha.

2.    Pendidikan akhlak berlandaskan sifat-sihat Rasulullah SAW iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah diterapkan dalam kehidupan.  Ibu bapa perlu menjadi teladan.  Jadi kita kena pertontonkan amalan-amalan dan nilai-nilai yang mulia seperti tutur kata sopan, menghormati orang tua, belas kasihan kepada orang susah dan sebagainya.



3.    Anak-anak kena didedahkan dengan aktiviti fizikal ‘outdoor’ atau ‘indoor’ , bersesuaian dengan peringkat umur dan jantinanya.  Misalnya dengan aktiviti riadah.  Elok juga digalakkan anak-anak menyertai acara sukan sunnah seperti memanah dan menunggang kuda.  Di samping aktiviti sukan yang popular masa kini.  Antaranya berbasikal, scuba dan sebagainya.    Selari dengan pepatah ada menyatakan, akal yang cerdas dari tubuh yang sihat. 

4.    Bagi menjauhi perkara-perkara yang mungkar, misalnya kita perlu jelaskan hal-hal yang berkaitan dengan hukum hubungan lelaki dan perempuan, batasan aurat, adab pergaulan dengan bukan mahram.  Ini termasuklah sifat malu dan intergreti maruah diri.  Ilmu pengetahuan tentang hukum halal haram ini dapat memelihara maruah diri, nama baik keluarga dan agama.

5.   Anak-anak kena dididik dengan naluri dan perasaan yang sentiasa positif.  Ini membina naluri redho dan tawaduk kepada Qada’ dan Qadar Allah.  Ia dapat membantu membina sikap kematangan mereka.  Faktor ini menlahirkan sifat yakin diri, sifat berani, kuat semangat, tabah, sabar dan ehsan.

6.    Berceritalah dengan anak-anak bahawa cara hidup Islam ini indah.   Dengan cara berkongsi rasa nikmat tekala kita sentiasa memperbaiki mutu amalan Islam dalam kehidupan yang memberi ketenangan dan kebahgiaan.    Misalnya memperbanyakkan amalan zikirullah dengan menyebut Hasmaul Husna seperti Allah,  Ya Rohman, Ya Rohim, Ya Rozzak, Ya Fattah hu Ya Alim.  Disulami pula surah 3 Qul.  Nyatakan faedahnya kepada kehidupan.   Bersama-sama kita mengamalkannya. 

Semuanya bermula hari ini.  Kita lakukan dengan istiqomah  sebelum nafas terhenti.  



Strategi motivasi anak-anak tadarus Al Quran

oleh
Nooraini Khaironi


Sumber: Whatapps Group ISNO Family

Selaku ibu bapa, dalam tempoh bulan Ramadhan ini hendak anak-anak kita jinak untuk membaca Al Quran atau bertadarus Al Quran.  Secara sukarela.   

Subhanallah...
Nikmat ini melalui suatu proses bimbingan dan asuhan yang panjang.  Ia sebenarnya perlu dimulakan sejak usia 3 tahun.  Di sini dikongsikan pengalaman saya, kini  setelah mereka remaja baru dapat dilihat mereka menyerlahkan kefahaman 'seronok' membaca Al Quran dalam tempoh Ramadhan selepas solat.  Syukur, anak-anak mampu urus masa dan set target jumlah muka surat Al Quran seharian.

Bagaimana kita membimbing anak-anak untuk tadarus Al Quran?

#1.  Selaku ibu bapa kita perlu menjadi role model kepada anak-anak syurgawi kita.  Oleh itu amalan membaca Al Quran perlu kita jadikan rutin harian.  Oleh kerana rutin ibu bapa membaca Al Quran sebenarnya didengari dan diperhati oleh anak-anak.  Tambah pula anda sendiri mengajar mengaji anak-anak.  Kemudian kita sentiasa memantau amalan membaca Al Quran anak-anak sebagai aktiviti harian mereka.  Sungguh pu mereka tinggal di asrama atau kolej.

#2.  Khususnya bulan Ramadhan, sudah pasti kita selaku ibu bapa berimpian aktiviti membaca Al Quran atau dipanggil sebagai Tadarus Al Quran lebih mesra sebagai aktiviti harian kita sekeluarga.  Tambah bahagia apabila alunan bacaan Al Quran sentiasa bersenergi dalam setiap ruang persekitaran rumah kita.  Allah hu Akhbar.  Allah hu Akhbar.  Allah hu Akhbar.

#3.  Jom wujudkan Whatapps Group Tadarus Al Quran dalam kalangan ahli keluarga yang boleh membaca Al Quran dalam semua peringkat usia.  Misi utama adalah memberi galakan kepada individu yang telah memilih juzuk (satu daripada juzuk 1 hingga 30)  untuk urus disiplin diri membaca ayat-ayat Al Quran hingga selesai.  

#4.  Mereka yang telah selesai membaca isi kandungan juzuk pilihan, mereka akan tick dalam Group Whatsapp (rujuk contoh di atas).   Ini faktor yang memotivasikan diri anak-anak untuk membaca Al Quran setiap hari.  Saya perhatikan anak-anak saya berlumba dengan para sepupu untuk menyelesaikan mission menyempurnakan bacaan Al Quran Juzuk yang telah dipilih.

#5.  Namun perlu kita ingat, selaku ibu bapa kita perlu sentiasa mengingatkan diri aktiviti tadarus ini berfokuskan membudayakan amalan membaca Al Quran.  Bukan untuk cepat selesai.  Oleh kerana anak-anak kita berlainan keupayaan tahap keupayaan membaca Al Quran.  Anak yang cerdas kita raikan.  Manakala anak yang kurang cemerlang dan lambat kita dekati dan dampingi dengan kata-kata motivasi 

"bahawa para Sahabat Nabi pun baru baca Al Quran usia dewasa.  
Begitu juga para mualaf.  Mereka tetap bersungguh membaca Al Quran.."


Inilah impak luar biasa kepada amalan membaca Al Quran dalam PKP ini.   Kepada anak-anak yang telah selesai mission mereka, galakkan untuk memulakan mission khatam Al Quran untuk diniatkan kepada kecemerlangan diri pula.

Manakala anak-anak yang tidak boleh lagi membaca Al Quran boleh digalakkan Iqra atau Muqaddam atau mengamalkan bacaan ayat-ayat Juzuk Ammar.  

Di samping itu melipatkan gandaan berzikir.  Misalnya pada hari biasa lepas solat zikir 33 x.  Pada Ramadhan Zon PKP tingkatkan lepas solat atau pada masa lapang tingkatkan zikir kepada 2000x.  Juga selawat tingkatan 2000x setiap hari.  MasyaAllah.

Inilah magik PKP.  Makluk Covid 19 sebenarnya Allah S.W.T. mahu kita tingkatkan kualiti ibadah pada bulan Ramadhan 1441H.

Jom hidupkan Ramdhan dengan amalan ibadah kita.
InsyaAllah banyak nikmat Allah akan kita miliki rezeki yang di luar jangka.




Isnin, 27 April 2020

RAMADHAN tiba ramadah tiba ... anda fikir Raya atau ubah mindset tentang konsep life style?

oleh

Nooraini Khaironi


Hari ini telah masuk hari ke-4 Ramadhan 1441H.  Dalam FB telah banyak iklan baju dan kuih raya.  Sudah barang tentu anda telah berkira-kira untuk melaburkan sebahagian kewangan menerusi online buying.

Itu adalah adat rutin masyarakat kita.   Ini menjelaskan bahawa kehidupan PKP tidak mampu mentarbiyah mindset kita.  Bahawa pengetahuan dan kemahiran individu perlu ditingkatkan seiring dengan keperluan hidup pasca Covid 19.  Di mana kita perlu tukar life style dan target masa depan yang lebih bermakna dalam  dunia pasaran pekerjaan berdasarkan unjuran nilai ekonomi pasca musibah Covid 19.

Bagaimana tu?

Maksudnya kita perlu senaraikan cabaran semasa PKP.  Kemudian kenal pasti tindakan yang kita perlu ambil kepada solusinya.

Di sini dikongsikan analisis diri saya, sebagai contoh ye.

Langkah 1:  Senarai cabaran yang dihadapi semasa PKP.
a)   Sukar hendak buat pembayaran urusan pelajaran.
b)   Kewangan simpanan menyusut.
c)   Program training kena batal.

Langkah 2:  Senarai tindakan menangani cabaran pasca PKP.
a)   Daftar e-banking.
b)   Tukar cara hidup lebih bermakna.  Misalnya Raya tahun ini no shopping.  Bersyukur guna apa
yang ada.  Tema warna, hitam putih. Pakaian: Jubah.   Duit fokus untuk kegunaan pelajaran anak-
anak.
c)   Saya  kena ada kemahiran kaedah on-line training packaging.

Langkah 3:  Tindakan yang perlu saya ambil.
a)   Sedia belajar untuk mengatasi cabaran kita.  Ikut falsafah Jack Ma ... untuk menghadapi pasaran
global dia belajar bahasa Inggeris.  Jadinya untuk tindakan saya perlu tukar ke e-banking dan belajar kaedah on-line training packaging.
b)   Raya tahun ini dan mendatang saya perlu tarbiyah diri dan ahli keluarga agar lebih kreatif
pelbagaikan matching pakaian supaya kekal elegan.  Walaupun bukan baju raya baru.

Hal ini membuatkan kita menjadi insan yang bersyukur dan fleksibal.  Namun kualiti hidup tetap ditingkatkan.

Syukuri nikmat apa yang kita miliki kini.  Cerdik pandai selalu kata  Ramadhan adalah sekolah menginsankan individu Muslim.  Supaya kita empati kepada golongan yang serba kekurangan.  Manakala Syawal menyambut kemenangan kerana kejayaan kita menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan.  Semoga Syawal 1441H kita menghidupkan budaya para Anbiya dengan amalan puasa 6 Syawal.

Inilah didikan Allah kepada kita yang sebenar menerusi musibah Covid 19 dan PKP.


Khamis, 23 April 2020

JIHAD JAJAH DIRI.

oleh

Nooraini Khaironi


Jihad besar dalam diri. 
Baik buruk akal menimbang iman di hati.

Petikan : FB Nooraini Khaironi. 25 Oktober 2017. 12.58 am.


Lumrah alam ibu mempunyai talian erat dengan anak.  Insan inilah pendidik pertama.   Mereka melakukan tanggungjawab bersungguh-sungguh sebagai perawat, pengurus, pemandu, perancang aktiviti juga  rakan penenang waktu duka kepada anak-anak.  Hingga ada ketika  sedia mengorbankan kehidupannya sendiri demi kesejahteraan anak-anak dan ahli keluarga.  

Itulah jihad seorang ibu. 

Menurut Ibnu Taimiyah,  jihad tidak terbatas kepada peperangan. 

Pada hakikatnya  jihad itu mencakupi segala bentuk kegiatan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhoi Allah.  Baik berupa amal soleh, keimanan dan menolak perkara yang dimurkai Tuhan.     Termasuklah segala bentuk usaha untuk penerapan agama Islam, pembenterasan kezaliman serta kejahatan, baik terhadap diri sendiri  maupun  dalam  masyarakat.

Maka, jihad dalam  konteks kehidupan seharian seorang ibu adalah perjuangan menegakkan syariat Islam sepanjang hayat di kalangan ahli keluarganya.  Khususnya untuk membentuk anak-anak yang mosleh.  

Mosleh itu bermaksud seorang yang membaiki.  Bukan sahaja untuk keimanan dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri.  Sebaliknya dia sedia berkhidmat dan memberi sumbangan demi kesejahteraan penghuni alam demi Islam dan berjihad pada jalan Allah.  

Bagaimanapun selaku manusia biasa kita kecundang dengan keadaan.  Ada kala ibu tidak lari dengan sikap marah, kecewa dan berduka. 

Terkadang jatuh hiba mengenangkan apa yang diimpikan  diluar jangka.  Oleh kerana semua ibu mengharapkan anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan akademik.   Sebaliknya itulah bahagian ketentuan Ilahi.  Anak-anak tidak menyerlah dalam kecemerlangan skor A++.  Tiada ibu yang rela anaknya corot sebegini.

Inilah hakikat kehidupan.  Setiap anugerah cahaya mata, Allah telah menentukan arah hidup.  Anak juga ujian kepada ibu bapa.  Setiap anak,  Allah telah tentukan rezekinya. Allah lebih tahu keperluan perjalanan hidup kita.  

Bersangka baik dengan ketentuan Allah, kita perlu bingkas lalu mensyukuri  zuriat
kurniaan Ilahi.   Setiap insan Khalifah Allah ada kelebihan tersendiri.

Allah berfirman dalam Surah At-Tin, ayat 4 yang bermaksud ;

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”

Menyedari hakikat  itu, kita perlu sentiasa bersangka baik dalam setiap hal yang  dilalui.  Pada detik sebegitu adalah dicadangkan supaya peruntukkan masa yang  khusus  untuk merungkai segala prasangka negatif.  Dalam erti lain bisikan syaitan.   Kita  jangan terjelepuk, mengeluh, meratapi, menyesali atau menyalahkan takdir.  
Nauzubillah.

Pujuklah hati bahawa cubaan tersebut adalah sapaan berhikmah Tuhan kepada  kita
hamba-Nya. 

Tingkatkan tafakur kita dengan unsur rasa kesyukuran, berbicara dengan suara hati yang penuh keimanan kepada Tuhan sering memberi kekuatan.  Bisikan iman merangsang kita mengingatkan bahawa Allah satu-satunya  teman.  Sesungguhnya  Al- Khaliq jua yang Maha Penyayang.  

Apabila segala yang kita lakukan berniat kerana Allah,  hati menjadi tenang, dada amat lapang dengan segala ranjau kehidupan mengguruskan anak-anak, Khalifah Allah ini akan dipermudahkan.  Insya-Allah.

Mulakan segala aktiviti kita dengan Bismillah.  Akhirinya dengan Alhamdulillah.  Segala kesenangan dan kejayaan yang diperolehi ucaplah Masya-Allah, Subhanallah,  Allah hu akhbar.

Keperluan hakiki selaku hamba-Nya untuk akhirat adalah sasaran utama.   Apabila anak-anak tawaduk dan istiqamah  melaksanakan ibadah dan menjauhi segala larangan-Nya, pasti minda dan hati mereka bersih daripada debu-debu pemasalahan keruntuhan akhlak dan gejala sosial.  

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya 
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat 
dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Oleh yang demikian, kita perlu sepenuh hati menggalas tanggungjawab mengasuh anak-anak amanah Allah ini untuk mentaati dan beribadah kepada Pencipta-Nya dan mencegah diri dari mendekati perkara-perkara mungkar. 

Insya-Allah kecemerlangan yang hadir dalam diri menjadi milik yang diberkati. 
Dengan itu susurilah jihad untuk jajah jiwa nurani diri dengan Islam, Iman dan Ihsan.

Nukilan inspirasi.

#syukurterapinurani
#legasidatinnooraini



Ahad, 19 April 2020

Sesi bercerita : Kenangan terindah semasa PKP

Oleh
Nooraini Khaironi


Kenangan Aidil Adha,  bulan pertama Ahmad Syafiq dapat lesen memandu.
Sudah memandu kereta Proton Mak Longmya ke JB.
Kami sekeluarga beraya di rumah Adinda Mursidah.
Subhanallah, banyak rahsia terbongkar...tapi melucukanπŸ˜…


Salam sejahtera semua.

Hari ini sudah masuk hari yang ke-32 PKP.   Mungkin para pendidik ada yang kekeringan idea apa lagi aktiviti yang boleh anak-anak didik buat semasa di rumah.  Paling gersang hendak memastikan aktiviti berkenaan lebih memudahkan para ibu bapa melaksanakan di rumah dengan anak-anak dalam suasana yang seronok dan ceria.

So, hari ini saya mencadangkan sesi bercerita dari gambar dalam album keluarga.  Contohnya moment semasa mereka kecil.  Ataupun semasa pergi holiday.  Atau kenangan semasa bersama Datuk dan Nenek.  

"Adik penat, lepas kita orang malam-malam main air kat bath tab.
Best sangat sebab Umi dan Ayah tak marah. "
Kenangan kami sekeluarga  ikuti rombongan ke Medan.

"Umi, Kina memang dari dulu suka baca buku ke?"
Sejak usia 4 tahun Nur Sakinah memang suka membaca.


Objektifnya untuk menanamkan rasa penghargaan saat bersama.  Pada masa yang sama ia membina hubungan kekeluargaan.  Mengimbau masa silam.  Tanda tunjukkan penghargaandan  kasih sayang kepada anak-anak.

Di sini saya kongsikan caranya.

Ibu bapa boleh menentukan waktu yang sesuai.  Dimana aktiviti ini boleh dilakukan semasa waktu lapang dan santai.  Kaedah penyampaiannya, ibu atau bapa boleh bercerita secara silih ganti.  Sambil memangku anak kecil.  Duduk dalam circle yang harmonis.  Nada suara jelas, namun berintonasi penuh kasih sayang.  Sesekali beri peluang anak bertanya soalan.  Gelak tawalah dengan anak-anak penuh bahagia.

Seterusnya selitkan rasa kesyukuran.  Sekiranya Datuk atau Nenek telah meninggal dunia.  Bimbing anak-anak untuk membacakan Al Fatihah.  Rangsang juga rasa empati anak-anak dengan golongan kanak-kanak yang serba kekurangan.  Secara langsung galakkan ibu bapa membina asas sifat belas kasihan dalam diri anak-anak.  Ini membantu membina asas kemahiran sosioemosi dan nilai kemanusiaan dalam diri anak-anak.

Mungkin sesi ini diadakan bagi jangka masa 5 hingga 8 minit je. Videokan.  Kemudian mohon ibu bapa hantar dalam group FB Taska dan Tadika.  Ia akan menjadi memori terindah kenangan ayah dan ibu bercerita sambil memangku mereka. 

Buatlah #sayanganakhinggajannah.

Para pendidik juga boleh buat dengan rakan-rakan sekerja yang sama-sama tinggal di Taska atau Tadika.  

Ia akan membina ukuwah.  Inilah yang saya dan rakan-rakan bekas rumah sewa lakukan.  Reunion PKP dalam whatsapp group.  

Cubalah.. 

Khamis, 16 April 2020

PKP : Tinggal di TASKA

oleh

Nooraini binti Khaironi

source: dreamtime.com


Salam sejahtera semua.

Tiba-tiba terfikir, apakah tahap kesejahteraan pendidik yang duduk di Taska sepanjang PKP?.

Saya dulu pernah duduk di rumah sewa.  Hujung minggu pun sudah merasa tekanan tinggal di 
rumah.  Bagaimana la kepada adik-adik pendidik yang sepanjang PKP tinggal di Taska.  Maksudnya Taska adalah rumah mereka.  

Jom kita fikir-fikirkan

Rutin harian diri dan tugasan pembersihan kawasan tempat tinggal memang up tp date. Sudah pasti tugasan online juga di upload setiap Isnin hingga Khamis.  Itu ramai yang buat pada sebelah pagi kan antara jam 10.00 hingga 11.00 pagi.  

Kemudian siapkan lunch.  Sedia untuk urus diri solat Zohor.  Lepak dan luruskan pinggang.

Jangka masa jam 3 petang hingga 5 petang saat ini yang kosong idea bagi memanfaatkan masa terluang.  Betul ke betul?

Bab ini, apa kata buat projek seperti buat mural.  Kemudian selang-seli dengan aktiviti pengisian rohani atau pun aktiviti kemahiran buat kuih atau meroti.  Ataupun slot perkongsian ilmu membuat video dan mengeditnya guna apps inshot dan sebagainya.  Mungkin juga boleh diadakan siri perbincangan berkenaan persiapan Majlis Asperasi Hujung Tahun.  Dari segi tema, persembahan dan agihan bidang tugas.

Para pengusaha kena kreatif bagi memotivasikan pendidik yang tinggal di Taska.  Perlu diadakan sesi bersama.  Misalnya melihat sesi perkongsian ilmu online anjuran PERTIM atau yang bersesuaian dengan misi Taska.

#kitajagakita


Sabtu, 11 April 2020

Ada ANDA kisah Falsafah Pendidikan Negara?

oleh

Nooraini Khaironi




Secara umum persepsi pendidikan adalah kena belajar pandai-pandai untuk dapat A+++ supaya dapat kerja yang bagus pada masa depan.  Itu anak-anak seawal usia 5 tahun sudah di hantar hadir kelas tuisyen.   Bagi kanak-kanak lelaki khususnya yang mindset fitrahnya bidang mekanikal dan kejuruteraan misalnya akan dikategorikan lembam.  Kerana mereka ini jenis kanak-kanak yang tidak boleh fokus kepada kecemerlangan akademik.   Itu yang mereka 'kreatif'.  Lalu pelbagai eksplorasi dilakukan.  Misalnya 'geng basikal lajak'.  Bayangkan jikalau mereka ini dihimpunkan untuk latihan teknikal mekanikal tentang basikal.  Insyaallah bakal tercipta basikal yang boleh melahirkan juara sukan berbasikal Negara.  Seperti klaster geng pelajar robotic.  Satu set robotic itu cecah ribuan.  Sudah barang tentu anak-anak basikal lajak tak mampu.   Akhirnya mereka dipadang negatif oleh masyarakat.  

Umpama perjuangan En Zul Design turut dikira 'pelik' dengan ciptaan perkakas yang local standard namun telah banyak membantu usahawan kecil di luar bandar dan pinggir bandar.

Ehhh.. pening la...apa kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Negara?
Argh.....tu kerja kerajaan. Kerja Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan.
Tanggungjawab Cikgu le....untuk pandaikan anak kita kat sekolah...

Ibu bapa yang bestari,
itu dulu.  Ia tak sesuai lagi.

Kita perlu berganding bahu dan ambil tahu asas utama kenapa anak kena ke sekolah.  Oleh sebab itu perlu pentingnya ibu bapa ketahui tentang isu kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang menfokuskan kemenjadian murid.


Jika dirujuk kepada  artikel Asmawati dan Fathiyah (2012) bertajuk Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam : Hala Tuju dan Cabaran, falsafah membawa makna cinta kepada HIKMAH.  HIKMAH pula dikenali sebagai pemikiran aras tinggi.  Juga dimaksudkan dengan bijaksana.  Matlamat utamanya adalah untuk menggali kebenaran atau hakikat hidup yang seimbang bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Bab ini tidak didendangkan oleh tokoh akademik kepada kita (ibu bapa).  Bahawa ibu bapa kena tahu bahawa Falsafah Pendidikan Negara inilah menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia.  Ia selaras dengan Rukun Negara dan Dasar Sosial bangsa Malaysia yang merdeka, masyarakat majmuk yang harmonis.

Di samping itu matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara terperinci mahu untuk melahirkan (jadikan anak kita) insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  Yang akhirnya akan menjadi seorang warganegara yang baik (berintegriti dan boleh bersaing di peringkat dunia).  Dalam erti kata lainnya Falsafah Pendidikan Negara asas utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang (jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial) dan kepercayaan kepada Tuhan (agama). Asas agama penting kerana ia keperluan untuk memastikan fitrah diri manusia terpelihara.

Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.



Lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri anak-anak kita berkhidmat kepada masyarakat serta mensejahterakan alam sekitar juga.  
Amalan ini kena dipupuk sejak mereka kecil lagi.  
Iaitu sejak di rumah lagi.  
Maknanya itu tanggungjawab kita. 
Tak gitu 😊😊

Ketahuilah bahawa 
pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat.  Sebelum jadi ibu bapa, masa kecil kita bermain pondok-pondokkan.  Besar sikit (awal remaja), emak kita beri tanggungjawab bersihkan rumah, urus membersihkan bilik, membantu beli barang keperluan dapur dan ikut aktiviti gotong-royong (lain-lain aktiviti kemasyarakatan). 
 Kini, kita selaku ibu bapa kena tanamkan sifat tanggungjawab berkenaan kepada anak-anak kita pula.

Itu perlu kita bersama sekolah dalam aktiviti Persatuan Ibu Bapa Guru bagi meneruskan budaya bersosial ini.  Oleh kerana anda adalah role model kepada anak-anak Anda.  


Ia lebih berkesan jikalau ibu bapa bermula sejak anak-anak di Taska dan Tadika lagi.  


Fitrah manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan pengalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada kehidupan manusia.  Cabaran hidup ini bersesuaian dengan peringkat usia.  

Justeru itu sesuai dengan Teori Hayat Hidup Vygosky,  kanak-kanak di peringkat Taska dan Tadika juga Prasekolah telah diasuh kemahiran berkolabirasi, penyelesaian masalah dan kemahiran berkomunikasi secara empati.  


Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.



Selain daripada itu tujuan pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga, anggota masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.



Khususnya semasa PKP ini, anak-anak perlu dididik akan sifat SYUKUR dengan ALLAH beri nikmat, bersederhana dan empati kepada mereka berkhidmat di frontliner dan mangsa Covid 19.


Saya tertarik dengan review Matah-ary akan Buku Falsafah Hidup karya Prof. Dr. Hamka.  Antara yang menjentik naluri kesedaran tanggungjawab diri tentang coretan Allahyarham Pak Hamka adalah;




Di era manusia hari ni berlumba-lumba untuk “lebih”, “lebih” dan “lebih” dalam segala aspek, Pak Hamka mengajarkan indahnya memupuk kesederhanaan dalam kehidupan. Kesederhanaan menjadi kunci kebahagiaan dan ketenangan. Cukup apa adanya. Tidak melebihi dari apa yang menjadi bahagian dari kemampuan yang kita miliki. 




Cekal dan hindari sifat mengeluh.  Itu ciri-ciri individu yang relatif rendah kualiti.  Sebaliknyan gunakan kebijaksanaan membuat keputusan dan menggunakan kuasa mutlak memilih Anda bersandarkan falsafah hidup yang benar.

Jadinya, saya mengingatkan diri juga menyarankan kepada para ibu bapa dan bakal-bakal ibu bapa ambil pedulilah membaca artikel berkaitan pelajaran atau pendidikan di Malaysia.  Walau ada kekurangan dari segi pelaksanaannya tetapi ia telah didirikan berdasarkan kesesuaian bangsa Malaysia yang berbilang kaum.


Rujukan :

Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhrudin (2012) Gagasan Pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam:Hala Tuju dan Cabaran.  Journal of Islamic and Arabic Education 4(2),201257-70
http://journalarticle.ukm.my/5995/1/48.pdf


SKHA, 2013
http://istimewa-skha.blogspot.com/2013/11/falsafah-pendidikan-negara.html

Matah-ary (2018) Falsafah Hidup Prof. Dr. Hamka
http://matah-ary.blogspot.com/2018/10/falsafah-hidup-prof-dr-hamka.html

Selasa, 7 April 2020

Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 boleh diasuh dari rumah

oleh

Nooraini binti Khaironi

foto: Sandy Millar @sandym10


Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaum ibu khususnya mungkin ada yang rasa remas melihat anak kecil 6 tahun ke bawah asyik bermain.   Mungkin tidak kurang mengeluh penat mengemas barang permainan.  

Dulu saya pun demikian.  Anak berderet.  Khususnya masa anak yang sulong berusia 6, kedua berusia 4 dan bongsu 2 tahun (puteri).  Dua orang hero πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘§.  

Suatu hari tedengar ceramah seorang ustaz bahawa 
"anak adalah ujian kepada ibu bapa..... 
.....usahlah kita menjadi hamba kepada raja ciptaan kita iaitu anak kita....."

Ucapan itu amat menyentap hati.  Yang lebih syahdu melihat keadaan 3 remaja berakhlak mulia kehilangan ibu,  namun mampu mengurus diri, rumah dan berjaya dalam pelajaran.  itu pengalaman khidmat sukarelawan yang terkesan dalam kehidupan dan mengubah cara hidup membesarkan anak-anak.

Iaitu ilmu keibubapaan dalam membina kemahiran untuk anak-anak menerus hidup dalam keadaan yang berkualiti sekiranya kita selaku ibu telah tiada kelak.  

Ciri-ciri berkenaan tersenarai dalam kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 Prasekolah (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2016. Pindaan 2017)

Berikut untuk tahap murid prasekolah;



Rajah di bawah bagi murid sekolah rendah.


Hasil refleksi masa melatih anak mengurus keperluan sekolah pada hujung minggu.  Pada masa itu anak yang sulong umur 10 tahun, anak  kedua 8 tahun dan yang bongsu 6 tahun di prasekolah.  

Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 yang boleh kita selaku ibu boleh mulakan di rumah adalah;
1.  Kepimpinan dan tanggungjawab ; mereka kena basuh kasut sekolah.  pakaian sekolah basuh dan gosok sendiri  (bayangkan keadaan. comot dan berkedutnya.πŸ˜‰..setahun pekak telinga dan tahan malu.  Syukur kini,mereka dah duduk asrama dan kolej.   Semua mampu urus diri.  Kami hanya memantau untuk perbaiki mana yang perlu).  Hingga kini urusan membersihkan rumah masih kami amalkan agihan.  Cabaran ibu kena bijak diplomasi.  Paling penting fokus kepada faedah jangka masa panjang.  Kena kental semangat untuk disiplinkan anak.  

2.  Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah; duit belanja hingga kini ayahnya akan bekalkan ikut jumlah keperluan saja. sejak sekolah rendah setiap hari sekolah pagi (sekolah kebangsaan) petang (sekolah agama) duit belanja RM2.00.  Setiap malam kena masukkan dalam tabung 20 sen.  Untuk tersebut untuk belanja ke pasar malam.  Bagusnya mereka akan kongsi duit untuk kongsi makanan malam.   Sekarang ni, budaya mufakat di kalangan mereka bertiga.  Alhamdulillah.  Malah saya bersyukur apabila kemahiran ini dapat membantu anak kedua menguruskan tugasan sebagai Exco Kediaman Kolej.  Paling nyata kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bantu membina ketahanan mental dan kecekalan diri anak-anak.  Dengan syarat kita selaku ibu perlu sedikit kemahiran pendengar yang baik dan empati.   Kita perlu bimbing dari segi integriti.  

3.  Komunikasi dan kolaborasi;  membina hubungan saling menghormati di kalangan ahli keluarga.  Contohnya adik kena ketuk pintu sebelum masuk bilik abang.  Adik tak de laptop, so kena minta izin jika mau pakai laptop abang.  Abang pula kena fleksibal dalam hal ini.  Antara lain ia membina kemahiran bertolak ansur.  Ia bina suasana harmoni.

Ketiga-tiga ciri ini akan membina sifat kepinpinan dalam diri anak-anak.  Jikalau tak jadi pemimpin, mereka mampu menjadi pengikut yang bertanggungjawab kepada kepimpinan sama ada dalam kelas atau kelab sekolah.   Matlamat utamanya jadikan anak kita murid yang boleh patuh disiplin.  



Merujuk kepada gambarajah di atas,  apakah ciri yang anda lakukan di rumah?
Elak ...
πŸ‘‰ ke sekolah je....

Contohnya etika dan kerohanian ... amalan jujur, amanah, menyampaikan maklumat yang benar dan bijaksana menyelesaikan tanggungjawab seperti homework ... termasuk anak parsekolah atau tadika.

Identiti nasional ... rakyat Malaysia yang berbilang kaum.  Nilai budaya kita sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam.  Kita boleh ceritakan kepada anak-anak.  Khususnya pada tempoh PKP berilah masa sesi bercerita dengan anak-anak.

Jikalau kita tidak mempunyai kemahiran satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.  So, buat teka-teki makna simpulan bahasa atau peribahasa. πŸ‘senang aje πŸ‘Œ


Selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).  Berikut kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi
Kemahiran maklumat, media dan teknologi
πŸ‘†PKP ni anak-anak di taska dan tadika kini telah ada online class.  So mereka telah didedahkan dengan pembelajaran vitual seperti di institusi pengajian tinggi.
Kemahiran hidup dan kerjaya πŸ‘ˆ Di rumah kita boleh mulakan.  Anak minat bidang masakan, beri sokongan beli bahan yang dia perlukan.  Bagaimana pun kena ikut kesesuaian keupayaan kita.

Dalam Edtechreview, ia suatu cabaran kepada para ibu bapa utuk menyediakan anak-anak seawal usia prasekolah kemahiran pembelajaran Abad ke-21.

Apa matlamat Kurikulum Prasekolah
memperkenalkan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21?

Untuk pengetahuan ibu bapa semua, matlamat kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 yang memasukkan element IT adalah menyediakan  murid prasekolah yang mampu menghadapi cabaran, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeingingn untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.




Rujukan :


Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017.: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. http://anyflip.com/celdv/


Mohd Ariffin b. Abdul Latif.PPD Batu Pahat 
http://smkronline.edu.my/download/KELAS%20ABAD%20KE-21.pdf

Pembelajaran Abad Ke-21(2015)
http://mimbarkata.blogspot.com/2015/12/pembelajaran-abad-ke-21.html

What New Role Does 21st Century Learning Create For Parents? - Part 1 (2014)
https://edtechreview.in/trends-insights/insights/992-what-new-role-does-21st-century-learning-create-for-parents-part-1

Ahad, 5 April 2020

PKP : Pendidik Taska danTadika buka kelas 'online'

oleh

Nooraini binti Khaironi



 Sumber : Setetes embun


05042020, Sabtu.  

Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana wabak covid 19.  Dalam tempoh PKP terdengar golongan anggota masyarakat berkeluh kesah dengan ujian tersebut. Paling dekat di hati saya adalah keluhan para pendidik awal kanak-kanak yang telah merindui anak-anak didik mereka.  Masalah gaji mereka kesampingkan seketika.  Kerana itu diluar bidang kawalan mereka.  Namun mereka berdoa kepada Allah rezeki tetap ada.

Ia juga tiada kuasa saya untuk menawarkan solusinya.  Yang dapat saya lakukan adalah berdoa, agar Allah mempermudahkan urusan anda semua.

Apa kaitan dengan tajuk slot hari ini?😍

Mari kita baca penyataan ini...

sumber: Buku #HalaqahCinta


Mafhum ayat 216  Surah Al Baqarah jelas menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui hikmat cabaran ini.  Seperti coretan Setetes Embun  Setiap Ujian Allah Pasti ada Hikmahnya.

Buktinya, kita lihat ramai rakan pendidik di Taska dan Tadika di Malaysia berkongsi online aktiviti dalam group whatsapp ibu bapa.  Paling kurang 2 aktiviti untuk Taska dan 4 aktiviti bagi Tadika.  Sungguh kreatif.   Mereka ini tidak menerima latihan khusus tentang vitual kelas atau e-learning ini.  Pendekatan pengajaran ini lebih popular di peringkat institusi pendidikan tinggi.

MasyaALLAH, terserlah keikhlasan jiwa pendidik Taska dalam melaksanakan amanah menjalankan aktiviti rangsangan pertumbuhan dan perkembangan kepada bayi dan petateh, anak-anak syurga mereka.   Jika di lihat simple je namun ia bersesuaian dengan tahap umur anak asuhan dan bimbingan mereka.  Ini termasuklah juga anak-anak 'playschool'.

Tambah gempak pendidik di Tadika.  Buat sesi live dengan anak-anak.  Hingga ada yang explore masuk dalam  You Tube Channel.  Bangga you.  Bila aktiviti hand on  tempatan guna bahan kos rendah dilihat oleh warganet in the globe.  

Saya salute you all guys.

Mengapa?  

You all gigih menyampaikan ilmu kepada anak-anak syurga penuh komited.  Walaupun ibu ayah kata sibuk tak de masa buat dengan anak.  Itu belum bab gaji.  Kerana gaji bergantung daripada bayaran yuran bulanan.  

Allah hu akhbar

Yakinlah rezeki tetap ada.


Yang penting bersyukur dengan nikmat yang dimiliki, misalnya lihat Allah telah beri ilham untuk anda bertindak menyampaikan ilmu demi merangsang potensi ummah Nabi Muhammad S.A.W. secara online.  Sungguh pun fizikal terkurung tapi syukur amanah menyampaikan ilmu anda tetap junjung.


Yang penting terus tingkatkan usaha anda merangsang anak-anak syurga.  Yang penting merujuk Molly B. Zielezinki (2016) pastikan isi kandungan yang dikongsikan bersesuaian dengan kebolehan dan tahap usia kanak-kanak.  Kemudian plan online aktiviti anda agar menarik.  Bab ini memang mencabar.  Namun perkara ini anda boleh pelajari daripada You Tube atau bertanya kawan yang menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada anda.

Subhanallah.
Anda telah raise a standard early childhood education di Malaysia selaras dengan pembelajaran Abad ke 21 khususnya dalam penggunaan ICT dalam PdP.



Rujukan :

Molly B. Zielezinki (2016) What 7 factors should educators consider when choosing digital tools for underserved students? https://www.edsurge.com/news/2016-06-25-what-7-factors-should-educators-consider-when-choosing-digital-tools-

Ujian itu tanda Allah masih sayang sama kita... Al Quran menjawab
 http://setetesse.blogspot.com/2012/12/ujian-itu-tanda-allah-masih-sayang-sama.html



Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...