Salah satu topik hangat diperkatakan oleh sanak saudara semasa Majlis Kesyukuran Berendoi dan Cukur Jambul, Nurul Raina, pada Sabtu lalu, 17 Mac 2012. Khususnya setelah tetamu yang diraikan pulang. Maka berkumpullah mereka.
Ada yang mengeluh. Tidak kurang pula yang menyatakan bantahan akan tuntutan Jakarta iaitu seorang amah satu tugas sahaja. Kemudian gaji minimun RM 750.00/RM 800.00.
Wow, sudah sama gaji pengasuh lulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di taska. Sedangkan kemahiran mereka masih menjadi persoalan. Malah terdapat di kalangan amah/pembantu rumah ini kemahirannya amat mendukacitakan.
Namun penuh kesabaran majikan Malaysia, terus bersabar dan melatih mereka. Atas natijah, janji asal ada orang jaga anak.
Dalam situasi sekarang yang banyak memaparkan berita kemalangan di taska, membuatkan ibu bapa bagai lari dari mulut buaya dan kini berhadapan pula dengan mulut harimau.
Pengajarannya lakukanlah isytiharah sebelum mengambil keputusan berhenti kerja. Oleh kerana menjawat tugasan 'home manager' memerlukan kesediaan mental dan batiniah yang tinggi. Kenapa? Sebab jikalau masih tiada sokongan 'part time income' sudah pasti stress bagi individu yang gemar bershopping kerana tidak dapat shopping.
Akhir kata ukur badan pada diri sendiri. Tepuk dada tanyalah iman dan nurani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan