Pada
sesi ini saya akan memberi contoh laras bahasa yang boleh dijadikan panduan
bagi menulis catatan berikut iaitu Refleksi selepas P & P, Jurnal Responden dan Jurnal Praktikum.
Bagaimanapun
perlu saya ingatkan bahawa apa yang dicoretkan ini adalah berdasarkan kefahaman
saya . Namun saya amat mengalakkan anda
turut membuat rujukan bahan sumber lain bagi
mendapatkan penjelasan yang lebih arif.
i)
Refleksi
selepas P & P.
Tugasan catatan refleksi ini merujuk kepada penilaian diri
pelatih ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan
bersama-sama murid/kanak-kanak di taska.
Umumnya, ia mencakupi akan kekuatan dan kelemahan diri pelatih dari
sudut pengurusan pengolalaan aktiviti serta pencapaian objektif pembelajaran
yang dirancang dalam ‘lesson plan’ yang menyatakan apakah yang
murid/kanak-kanak akan dapat pada akhir pengajaran dan pembelajaran kelak. Catatan ini perlu dilengkapkan
dalam ruangan akhir rancangan mengajar harian anda.
Contoh:
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
(i)
Bercerita
tentang salasilah keluarga sendiri.
Contoh Refleksi:
(Catatan guru/pengasuh)
Kekuatan Saya:
|
1.
Saya
dapat mengelolakan aktiviti hari ini dengan lebih yakin.
2.
Gembira melihat semua murid ceria dan terlibat
secara aktif sepanjang aktiviti berjalan.
|
Kelemahan Saya:
|
1.
Bagaimanapun
saya kurang berjaya mengawal disiplin
sebilangan murid ketika sesi
berlangsung sehingga menyebabkan 2 orang pelajar berebut kad bergambar.
|
Bagaimana saya boleh memperbaiki diri saya:
|
Kejadian ini memberi pengajaran kepada saya agar pada kelas yang
mendatang saya perlu melakukan perkara berikut;
1.
Pastikan bilangan bahan bantu mengajar
mencukupi berdasarkan bilangan murid.
2.
Perlu merangka susunan aktiviti secara kumpulan
besar, kumpulan kecil dan individu dengan lebih tersusun.
|
ii)
Jurnal
Tentang Responden.
Catatan jurnal ini merujuk kepada
seorang responden/kanak-kanak yang telah anda kenalpasti untuk melihat
perkembangannya. Jikalau di tadika, anda
perlu merujuk kepada tunjang-tunjang
KSPK iaitu;
1.Tunjang komukasi,
2.Tunjang fizikal & Estetika,
3.Tunjang sains & teknologi,
4.Tunjang keterampilan diri
5.Tunjang kemanusiaan
6.Tunjang kerihanian,sikap dan
nilai.
Manakala ketika melakukan
praktikum di taska pula anda perlu membuat pemerhatian seorang kanak-kanak bagi
perkembangannya dari segi Fizikal, Bahasa, Kognitif dan Sosioemosi.
Contoh laras bahasa jurnal
responden di taska.
Nama murid/kanak-kanak: Mamat bin Dol
|
Tarikh: 15/5/2010
|
Umur: 3 tahun
|
Lokasi: Ruang makan
|
Masa: 12.00
|
Nama pemerhati/pelatih: Normah Hamid
|
Maklumat kejadian/peristiwa:
Pada waktu makan tengahari, semua kanak-kanak sedang menikmati
hidangan nasi goreng masing-masing. Tiba-tiba Mamat berkata kepada Kira. ”Kita
suka makan sayur. Kira, makanlah
sayur”. Lalu, Mamat menyuapkan sayur kacang panjang ke mulut Kira. “Sayur
buat kita sihat, kalau tak makan sayur mak kita kata nanti kita selalu
sakit”. Kira pun mengunyahnya. Mamat
tersenyum. “Sayur sedapkan ” Jelas Mamat
kepada Kira. Kira mengangguk. “Emm, sedap” katanya.
Kemudian mereka meneruskan suapan masing-masing.
|
Huraian:
|
Cadangan Penyelesaian:
Sebaiknya pada waktu tersebut pengasuh memuji tindakan Mamat dan Kira
yang makan sayur. Agar menjadi
motivasi kepada kanak-kanak lain, yang majoriti tidak makan sayur kacang dan
lobak merah yang terkandung dalam nasi goreng berkenaan. Untuk meningkatkan kesedaran kepentingan
makan makanan sihat, pelatih dicadangkan melakukan satu aktiviti berkaitan
dengan topik ini pada sesi akan datang.
|
iii)
Jurnal
Pengalaman Semasa Praktikum.
Bahagian ini menuntut pelatih
merekodkan catatan periha peristiwa yang amat signifikan kepada dunia kerjaya
seorang pendidik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia meliputi aspek tanggungjawab kerjaya;
persekitaran tempat kerja; hubungan dengan rakan sekerja dan pasangan praktikum
pelatih; pengalaman yang diterima daripada peristiwa ketika berpeluang
berhubungan dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga murid/kanak-kanak.
Contoh: Catatan guru/pengasuh
Tarikh:
|
16hb Mac
2010 (Hari Isnin)
|
Kekuatan Saya:
|
|
Kelemahan Saya:
|
|
Bagaimana saya boleh memperbaiki diri saya:
|
o
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
akan datang saya perlu menyediakan
rangka susunan aktiviti yang melibatkan kumpulan besar, kumpulan kecil dan
individu secara kemaskini dan mantap.
o
Saya perlu melatih diri agar sentiasa siap
sedia dan prihatin kepada kanak-kanak/murid prasekolah.
o
Saya perlu melatih diri menggunakan kaedah
pengajaran berpusatkan murid, di mana peranan saya adalah sebagai pembimbing.
|
Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan