SUBJEK SENI dewasa kini agak di pinggirkan pada peringkat Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Seingat saya sejak dulu lagi.
Pada entry hari ini saya ingin berkongsi pengalaman lalu. Pada waktu peringkat remaja, ketika dalam Tingkatan 4. Saya mendapat Aliran Sains. Tetapi minat dan kecintaan saya kepada sastera dan seni kreatif sungguh menebal. Atas desakan orang tua, saya ikutkan. Masuk kelas Sains. Namun dalam diam saya merayu kepada Guru Besar agar dapat memasuki Sains Perdagangan. Alhamdulillah. Saya perolehi apa yang saya kehendali dan cintai. Lalu aktiviti Kurikulum saya aktif dalam Persatuan Seni Kreatif dan Persatuan Sejarah. Sungguhpun tidak pernah menghadiri kelas Seni Lukis, saya pernah mendapat beberapa hadiah utama dalam Pertandingan Seni Kraf dan Penulisan Sajak, walau pun di peringkat sekolah. Adui! persaingan daripada kalangan pelajar Sastera bukan calang-calang orang.
Hasilnya, cara pemikiran saya memang kritis. Oleh itu jiwa dan kerjaya saya tidak seperti kebanyakan rakan-rakan sebaya yang menjadi usahawan, guru atau dalam erti kata lain bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Sebaliknya saya memilih bekerja dengan NGO.
Di NGO, seorang staf mengalas tanggungjawab isu yang besar. Saya perlu mempraktikkan kemahiran berfikir, analisas dan strategik. Kemudian mengerjemahkan dalam penulisan memorundum atau kertas projek dan sebagainya. ADa MASanya pula, saya perlu meluahkan mesej kempen dalam bentuk seni visual sama ada poster atau lakaran kartun.
Jikalau diimbas kembali bidang tugas semasa di NGO dulu, sememangnya saya seorang individu yang memiliki keseimbangan IQ dan EQ. Perkembangan HOKA dan HOKI saya adalah holistik. Juga melibatkan 9 aspek kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner.
Alhamdulillah saya mampu membuat penyesuaian psikologikal pada setiap peringkat pemasalah hidup kerana konflik emosi. Kini, saya mengguna pakai kaedah seni visual bagi menanamkan kecintaan kepada sesi ilmu kepada 2 orang putera saya, dalam peringkat awal remaja. Saya kelaskan mereka ini adalah pelajar sederhana dalam pencapaian akademik. Iaitu dari segi IQnya.
Sungguhpun demikian setelah 36 bulan menjadi ibu sepenuh masa, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi melihat pencapaian dari segi perkembangan jasmani, emosi dan rohaninya. Pada mengamatan saya mereka memiliki nilai-nilai menjurus kepada Komponen Ketrampilan Diri , Tunjang Kemanusiaan serta Tunjang Sains Teknologi (mulai menunjukkan kemajuan).
Sumbangan saya kepada pihak sekolah adalah memberi feedback kepada para guru anak-anak saya ini bahawa mereka dalam proses kematangan untuk menyerap kemahiran penaakulan.
MORALNYA:
Sebenarnya kemahiran seni amat membantu individu menjadi seorang yang kreatif dan kritis serta berjiwa penyabar dalam menhadapi sebarang masalah. Mereka ini seorang yang teliti dan prihati dalam segala segi. Khasnya mementingkan hasil yang bernilai tinggi. Dalam erti kata lain fokus kepada produktiviti. Justeru itu saya amat menyokong usaha murni YB Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seperti dalam petikan berita UTUSAN MALAYSIA, Rabu, 28 Mac, 2012. Dalam Negeri. m/s : 21.
Jadual : Konflik emosi dan ciri-cirinya.
Peringkat konflik
|
Ciri-ciri Perkembangan Emosi
|
0-1½ (bayi)
Kepercayaan lawan
ketidakpercayaa
|
Rasa kepercayaan dibina dalam tahun
pertama
membina rasa kepercayaan secara
peringkat
membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak
dapat
dipenuhi
ketidakpercayaan akan
membentuk tingkah laku negati
|
1½-3
(awal kanak-kanak)
Autonomi Lawan
Malu/Rag
|
Keinginan memiliki kuasa
keinginan membuat sesuatu dengan daya
usaha sendiri
merasa malu jika tidak diberi kuasa
merasa malu didepan orang
merasa takut melakukan kesalahan
|
3-6
(awal kanak-kanak
tadika)
Inisiatif lawan serba salah
|
belajar cepat
bergerak cepat
peka kepada yang betul dan salah
merasa serba salah jika ketawa
membina sikap negatif jika merasa
serba salah
|
6-11
( kanak-kanak)
kerajinan lawan
kompleks lawan
rendah diri
|
keinginan menguasai sesuatu
keinginan berjaya
menguasai kemahiran asas fizikal dan
sosial
memerlukan peneguhan positif/
penghargaan terhadap tugas
yang disempurnakannya
merasa komplek rendah diri jika
dikritik
|
12-20
(remaja)
Identiti lawan
keliruan identit
|
Cuba memahami diri
menghadapi krisis identiti
sensitif kepada perubahan badan dan
imej diri
membentuk konsep kendiri positif dan
juga negatif
perkembangan emosi berlandaskan emosi
dari peringkat –
peringkat dahulu
|
21-25
(Awal Dewasa)
Kemesraan lawan
keterasingan
|
berusaha terus mencari identity
berusaha membentuk ikatan kemesraan
sesetengah individu yang gagal kerana
pengalaman kecewaan,
terus keterasingan
|
26-60
|
Generativiti bermaksud memberi
sumbangan kepada generasi
berikutnya atau melakukan aktiviti
produktiviti
individu akan merasa kecewaan kerana
gagal dalam pencapaian
yang bermakna
|
61 ke atas
|
Integriti adalah hasil kebangaan
terhadap kehidupan yang
berharga
orang tua yang kurang puas hati
dengan kehidupannya akan
takut mati
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan