Selasa, 27 Mac 2012

RAGAM BAYI kurang 3 bulan


Peristiwa 26/Mac/2012, jam 8.15 pagi.  Lokasi di ruang tengah rumah emak.

            Rania (46 hari) menangis.  Ibunya sedang mengikat tali barut.  Hampir selesai.  Ibu terus cuba menenangkan dengan menepuk-nepuk dada Rania.  Tetapi tangisannya semakin kuat.   Membalut badan Rania dengan tuala, lalu memangku dan cuba menyusukannya.   Tangisannya bertambah.  Lalu ibu mendokong Rania sambil "Syoo...syoo" panjang.  Rania terus menangis.  Ibu duduk di bangku lalu  cuba sekali lagi pelawa Rania menyusu.  Namun tangisan Rania terus kuat.

Melihatkan Ibu mulai tidak tentu arah.  Saya pun menghampirinya.  Ibu terus mengulurkan Rania kepada saya.  Tanpa saya minta.  Itu bukan matlamat saya.  Tujuan sebenar saya menghampirinya adalah untuk melihat reaksi Rania dengan lebih dekat.  Gagal.

Lantas saya menyambut Rania.  Saya mendokong Rania sambil menepuk-nepuk perlahan di bahagian dada dan bahagian kedua-dua belikatnya secara bergilir-gilir.   Dengan kiraan 30.  Kemudian saya baringkan Rania.  Lalu menepuk perlahan perutnya.  Opss.  Rania kembung rupanya.

Rania terus menangis.  Mata saya memerhatikan reaksi Rania yang sedang menangis kuat.  Manakala tangan saya pantas menyapukan minyak Telon ke kedua-dua betis dan tapak kakinya.   Saya membuat urutan 9 di belakang betisnya.  Di selangi dengan urutan lurus ke bawah dari lutut ke hujung kakinya.

Sepanjang sesi berkenaan saya terus bercakap dengan Rania.  "Rania, baikkan.   Sabar lah.  Mak Long nak tolonglah ni.   Kita urut dulu.  Biar angin dalam perut tu keluar.  Nanti legalah."  Banyak lagi lah.. celoteh saya.

Ibu mertua menegur dari bilik.  "Dokonglah budak tu dulu.  Kenapa biarkan budak tu nangis?"

Saya tidak menghiraukan kata-kata tersebut.  Sebaliknya saya fokus dengan urutan 9 kanan 9 kiri dengan kiraan 9 juga.

Selesai.  Alhamdulillah.  Rania tercirit sedikit.  Di iringan angin.  Dengan pantas saya membersihkan bahagian genetalnya dengan tisu basah.  Sapu cream sbb ada ruam lampin.  Lalu memakaikan lampin pakai buang.  Selepas itu pakaikan baju.  Tanpa membutangkan baju tersebut.

Sekali lagi saya mendokong Rania.  Rania masih menangis.  Saya menepuk belakang bahagian dada dan bahagian kedua-dua belikatnya.  Sambil berselawat.  Saya perhatikan mata Rania hampir pejam.  Tapi dia kelihatan tidak selesa.   Saya tepuk perlahan tepi perutnya.  Bunyi angin telah berkurangan.  Keadaan perutnya tidak setegang tadi.
Tepukan belakang terus dilakukan sambil mendodoi Rania.

Kini nada tangisan Rania semakin mengendur.  Saya melihat muka Rania di bahu kanan saya.   (Senyum. Lega)  Telah keluar seketul tahi hidung dari lubang hidung kiri dan mengalir hingus likat dari lubang hidung kanannya.   

"Rania sesak nafas sebab hidung tersumbat ye.."  Rania membuka mata sedikit.  Tangisannya pun berhenti.  

Saya baringkan Rania.  Semasa hendak memasukkan butang yang terakhir.  Rania menangis nyaring.   Saya tergelak.  Dapat merasakan bahawa Rania sebenarnya hendak tidur, mungkin kurang selesa kerana tidak berbedung lagi.   Selesai mengenakan butang baju.  Saya terus membedungnya.   Pada waktu itu saya minta Ibu mandi.  Dan saya akan menidurkan Rania.  Ibu berlalu pergi meninggalkan kami.  

Rania saya pangku.  Dengan selawat dan bacaan ayat Surah Al-Kursi dan Surah An-Nas. Rania terlena pada pangkuan saya.  Dia tidur dengan tenang.   Kemudian saya meletakkan Rania di atas tilam.  Bacakan doa tidur.  Kemudian tutupi bahagian kepala hingga umbun-umbunnya.  

Alhamdulillah.  Selesai semua urusan.  Ibu menghampiri saya, meluahkan perasaan menggunakan bahasa isyarat.  

 "Susah hendak pujuk Rania macam yang Kak Long buat sebab saya tak boleh cakap.  Saya hanya boleh dokong dan susukan aje"

"N (bukan nama sebenar) boleh dengar sikit-sikit kan."  

Ibu mengangguk.

"Suara boleh keluarkan"

Ibu mengangguk lagi.

"Jadi cakap aje.   Walaupun tak  orang lain tak faham,  Rania faham.  Sebab N yang ngandungkan dia."  Sebak.

"Dia tahu apa yang ada dalam hati N"  Tangan kanan saya menyentuh dada sendiri.  N tersenyum.  Yakin dan Faham.


Moral:

1.   Ibu muda amat memerlukan sokongan moral.  Khasnya dalam tempoh berpantang.   
2.   Kita selaku ibu perlu bertindak secara kreatif ketika menenangkan bayi.  Perlu diubah    
      tindakan kelaziman  bayi nangis dokong/susukan.
3.   Tindakan yang diambil perlu peka dengan reaksi dan maklumbalas serta perubahan      
      keadaan bayi.

Renungkan lah penyataan dari http://bustamkamri.blogspot.com/  ini ;
Cara Menangani Bayi dan Tatih
Bayi tidak memerlukan disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk memenuhi keperluannya dengan cara itu dapat memberi kepercayaan ke arah prasyarat proses sosialisasi.
Kadangkala bayi hilang kawalan, mengambarkan rasa tidak selesa atau merasa tekanan. Hal ini bukan masalah tingkahlaku. Bayi mungkin memerlukan kemesraan dan dakapan untuk membantunya mengawal keadaan.

Insya-Allah, jumpa pada entry yang berikutnya.....

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...