Selasa, 20 Mac 2012

Penilaian Kemajuan Kanak-kanak di Taska.



eNTRY  HARI Ini saya ingin berkongsi maklumat di atas.   Saya berpendapat maklumat ini penting kepada Pengusaha dan  Penyelia taska.   

Pembaca yang budiman,

Peraturan 7(1) Taman Asuhan Kanak-kanak (Di institusi), 1985  menyatakan :

“penyelia suatu taman hendaklah menyelenggarakan rekod termasuk –
…merekodkan pembaharuan dalam  pembesaran dan kemajuan tiap-tiap
orang kanak-kanak semasa anak-anak berada di taman…”

Penyataan ini merujuk kepada rekod kemajuan dan perkembangan kanak-kanak.  Rekod ini penting kerana ia mencatatkan segala hasil pencapaian kanak-kanak pada akhir segala aktiviti yang telah dijalankan di taska.  Dapatan  tersebut sebenarnya bertindak sebagai sumber maklumat yang menjadi asas rujukan kepada perancangan  aktiviti tahunan, bulanan, mingguan dan harian di taska.

Malahan ia menjadi teras aras proses amalan asuhan perkembangan menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengasuh atau tenaga pengajar di sesebuah taska.  

Oleh kerana taska institusi adalah tenaga professional awal yang bertanggungjawab merangsang potensi kemahiran asas kehidupan dari aspek perkembangan kognitif, sosioemosi, bahasa dan fizikal.    Dengan cara ini para tenaga petugas di taska akan menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dari segi domin afektif, psaikomotor dan kognitif.

Penilaian.

Penilaian adalah suatu proses pemerhatian kepada kemajuan kanak-kanak secara  berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan serta bergantung kepada keperluan yang dirancangkan.  Tujuannya untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan dengan kanak-kanak.

Ini dikukuhkan lagi tafsiran penilaian yang diberikan oleh SelfGrowth.com ialah ;

“Assessment is the process of documenting, usually in measurable
terms, knowledge, skills, attitudes and beliefs.

Maka penyelia perlu mendokumentasikan segala  rekod penilaian kanak-kanak.

Hasil proses penilaian yang direkodkan, membolehkan pengasuh merancang tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya berdasarkan minat, kesediaan dan tahap keupayaan kebolehan kanak-kanak bersesuaian dengan kemahiran asas perkembangan yang dimilikinya pada ketika itu.  Pada masa yang sama para petugas/pengasuh boleh membuat refleksi atau penilaian diri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampaian maklumat, pemudahcara atau fasilitator, pendidik dan mentor kepada kanak-kanak.

Justeru itu  tugasan ini mampu meningkatkan etika profesionalisme perkhidmatan asuhan kanak-kanak di taska.  

Instrumen  yang boleh digunakan untuk penilaian adalah hasil kerja, lembaran kerja, senarai semak dan
catatan  pemerhatian anekdote.

Harapan saya maklumat di atas memberi manfaat, khasnya  kepada Pengusaha dan  Penyelia taska.   

Insya-Allah akan bersambung …

Sumber Rujukan:

  • Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia.

*** Penulis memiliki pengalaman bertugas sebagai
Senior Supervisor, Taska  i-play. 



Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...