Jumaat, 23 Mac 2012

Satu Amah Satu Tugas


Masih ramai yang mengeluh dan serba tidak kena.  Kenapa?

"Heh, nak tinggalkan bayi kecil kat rumah pengasuh dan taska pun tak selamat. Bila lihat berita di dada akhbar berkenaan bayi tersedak susu"

"Kalau berhenti kerja.  Macam mana hendak hidup jika bergantung 100% dengan gaji suami.  Tak cukup.  Alamat makan pasir lah nanti kami anak beranak."

"Hendak  hantar semua anak-anak pada orang tua di kampung, mereka juga sudah uzur."

"Orang gaji pula, hanya fokus satu tugas pulak tu."

"Masuk pelaburan gandakan wang, kena tipu pulak"

"Macam mana kak.  Cuba tolong fikirkan.  Kami tidak boleh fikir.  Buntu."

Itulah penyudah chat kami.   Hemm... jadi entry pada hari ini bukanlah saya hendak berikan resolusi cara mengatasi keluhan tersebut.  Hendak mengajak anda berfikir sama ada lah... 'Brain Gym' untuk semua pembaca entry ini.

Baik.

Tiba-tiba saya teringat kenyataan ini "sebenarnya pemasalahan masyarakat adalah peluang untuk seorang individu yang sedia mengambil risiko bagi memulakan suatu perniagaan."   Perkara ini telah ditegaskan dalam Islam bahawa 9 dari 10 punca rezeki adalah dari sumber perniagaan.  

Ramai di antara usahawan berjaya dalam bidang pengasuhan taska atau tadika swasta adalah kerana mahu membesarkan anak sendiri.  Mereka memulakan langkah keusahawanan itu dengan zero skill dan knowledge.   Namun berbekalkan semangat yang kental dan cekal mereka meneroka bidang tersebut dengan penuh ikhlas untuk membantu anak bangsanya.  

Antaranya adalah pengasas Genuis Aulad, Little Caliphs dan sebagainya lagi.  

Mereka ini memperjuangkan nilai-nilai budaya tempatan, sunnah dan tuntutan global dalam mentarbiyahkan atau mencorak benih-benih bakal pemimpin masa depan Malaysia.

Moralnya:

Tekanan oleh pihak Jakarta, 1 amah 1 tugas, marilah kita jadikan ia sebagai satu inspirasi untuk membuka 1 business pengasuhan atau pusat jagaan kanak-kanak.

Nota:

Kenapa tidak saya? (gesaan rakan-rakan).. Jawapan saya di sini, pengkhususan saya adalah pengolahan penulisan.  Bukan bidang pengasuhan.  Namun perlu dinyatakan di sini, bidang penulisan ini masih baru dalam rutin hidup saya.  Bak kata orang dulu-dulu "parang tu tak tajam lagi" kalau bancuh kopi belum ummmph lagi.  Dalam lain perkataan saya masih belajar, kalau salah mohon bimbingan dan motivasi serta pengertian.

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...