Jumaat, 23 Mac 2012

Jangan bengang kalau SPM kurang A atau langsung tidak ada A

Hari ini ada ibu bapa yang bersedih kerana keputusan SPM anak kurang memberangsangkan.  Hal ini memberi kesan yang mendalam kepada kestabilan emosi anak remaja.


Saya begitu simpati.  Namun pada entry ini perlu saya nyatakan bahawa kecemerlangan keputusan SPM  tersebut belum boleh dijadikan tiket sebuah kehidupan yang senang lenang pada masa depan.   Sebaliknya ia hanyalah satu langkah ke atas anak tangga dalam memenuhi standard pencapaian penilaian murid sekolah menengah dalam pelajaran.   Ini mempunyai perkaitan dengan IQ, iaitu kecerdasan intelek.  Perkembangan IQ ini tidak anjal.   Atau dengan lain perkataan, ia statik dan tidak mencapah.  Maksudnya, jikalau 4 soalan subjek Kimia markah penuh 100 maka walaupun berkajang-kajang point yang betul dalam kertas jawapan maka individu ini tetap mendapat 100 markah penuh sama seperti bentuk jawapan 10 point yang ringkas, tepat dan padat.  Pada masa yang sama belum tentu perolehan itu berupaya meningkatkan keyakinan diri secara sedar kepada individu remaja.


Sebaliknya EQ, dikenali juga sebagai kecerdasan emosi semakin dirangsang, diberi motivasi dan galakan, Insya-Allah ia mampu mensirnakan keyakinan diri remaja bagi terus memacu usaha demi  mencapai suatu kejayaan ke satu kejayaan yang  seterusnya.

EQ ini berkait rapat dengan antaranya dari segi aspek  berikut iaitu; 
  • empati (memahami orang lain)
  • mengungkapkan dan memahami perasaan
  • mengendali amarah
  • kemandirian
  • kemampuan menyesuaikan diri
  • disukai
  • kemampuan memecahkan masalah antara peribadi
  • kesetiakawanan
  • keramahan
  • kemanusiaan
  • sikap hormat
  • menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta/Allah, diri dan ahli keluarga
  • berdoa
  • menilai kekuatan/keistimewaan dan kelemahan diri


Yakinlah kepada kebolehan dan kemahiran diri sendiri.

Cuba muhasabah diri, adakah anda memiliki ciri-ciri di bawah;
  • ikhlas berusaha tanpa lelah dan mengeluh
  • jujur melaksanakan tanggunajawab individu sebagai Khalifah Allah dan peranan sebagai seorang anak, pelajar, hubungan keluarga, sanak-saudara dan masyarakat.
  • sentiasa sedia belajar
  • sabar
  • tabah
  • ada ketikanya bertindak fleksibal (mengikut keperluan)
  • gemar merancang sebelum melakukan sebarang aktiviti
  • seorang pemikir, penyelesai masalah
  • menghormati hak orang lain
  • berdoa kepada Allah
Sekiranya jawapan anda 80%, ada dalam amalan diri, maka tahap kesejahteraan dan perkembangan emosi anda adalah baik.


EQ adalah aspek penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera dan harmonis serta bertamadun dalam masyarakat yang memiliki pemikiran kelas pertama baik dari segi fizikal, emosi, intelek/minda/mental serta bahasa dan komunikasi/sosialisasinya.  Namun kini semakin sulit dan tipis diperolehi dalam diri manusia moden.  

Akhir kata, Insya-Allah berjumpa kita di lain coretan.........

Waallahualam bissowap.

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...