Ahad, 25 Mac 2012

Peluang Peningkatan Kerjaya Pengasuh TASKA

Sabtu semalam saya mengambil kelapangan untuk menghadiri sebuah kursus sehari tentang pegurusan taska. anjuran sebuah NGO.

mAJORITI  peserta adalah daripada kalangan pengusaha Taska.  Hanya 2 orang peserta yang hadir itu bukan dari kalangan warga Taska langsung.   Namun kami amat prihatin untuk mengetahui perihal bidang pengasuhan ini sebelum melangkahkan kaki ke dalam industri ini.   Salah seorangnya adalah saya.

"Mengapa datang kursus ni, kaLau tidak mahu buka atau bekerja di taska?"

Wah, terkedu saya seketika.   Diam.  Kering tekak.  Telan air liur sambil mencari suatu penyataan yang harus menjadikan  hubungan ini lebih harmonis.

"Saya hendak mengetahui bagaimana para usahawati dalam bidang perkhidmatan pengasuhan di sini menyediakan peluang peningkatan kerjaya kepada para pengasuh taska agar mereka ini setia berkhidmata di sesebuah taska bagi tempoh lebih daripada 5 tahun."

"Ala, Puan ada di antara mereka ini kita (pengusaha) suruh menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak pun menolak, macam mana nak naikkan pangkat,"

"Yang ada mereka ini pun buta huruf.  Dapat gaji bulanan untuk sara hidup pun mereka sudah ok"

bANYAK lah lagi yang disembangkan.  Off the record.

Moralnya:

Para usahawan wanita bidang pengasuhan tersebut, kurang peka bahawa mereka ini memiliki sebuah organisasi yang berperanan sebagai change agent to sosiety.  Di mana mereka boleh mengambil peluang di atas isu amah bagi mengembangkan cabang perkhidmatan.   Misalnya mereka memberi peluang kepada senior staf untuk menyelia cawangan baru dalam komuniti.  Dengan syarat staf berkenaan perlu diberi latihan dan bimbingan yang jelas dalam bidang pengurusan taska.   Berkemungkinan dengan cara ini, pengusaha dapat memberi peluang kepada pengasuh membina masa depan kerjaya pengasuhannya yang lebih cemerlang dan bahagia. 

Tiada ulasan:

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...