Khamis, 29 Mac 2012

Kebajikan Kanak-Kanak Tersepit Oleh Keperluan Hidup Keluarga

Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran di luar norma keperluan asas tumbesaran dan perkembangannya akan menghadapi kecelaruan nilai-nilai murni dalam kehidupan pada masa depan.  

Kenapa?

Umumnya kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah akan tidur pada waktu malam seawal jam 9 malam.  Terkadang awal lagi.   Hal ini bergantung kepada jadual aktiviti pada siang hari.   Ini adalah rutin kanak-kanak yang normal.

Tetapi kanak-kanak yang di bawa oleh ibu bapa berniaga di pasar malam atau Uptown akan berjaga sehingga dinihari.  Menurut sebilangan ibu bapa peniaga, anak-anak mereka ini akan tidur pada siang hari sepuas-puasnya.  Dalam aspek inilah yang saya maksud pada awal entry.

Kesan jangka panjang :

1.  Apabila telah memasuki alam persekolahan mereka sukar untuk bangun awal.  Kesannya mereka akan kerap ponteng sekolah kerana sering menerima hukuman di atas kelewatan tersebut.   Rentetan dari itu pencapaian pelajaran mereka juga mengecewakan.   Akhirnya mereka terus keciciran dalam akademik.

2.  Kanak-kanak yang berjaga hingga larut malam, kurang cergas pada siang hari.   Mereka akan mengasingkan diri daripada bersosialisasi dengan rakan-rakan sebaya kerana mahu melelapkan mata buat seketika.   Akhirnya rakan-rakan sekolah menjadi lali lalu kurang mengindahkannya.   Kesannya kanak-kanak ini akan menjadi pelarian isu kawan dengan bergaul dengan golongan remaja yang boleh menerima mereka.   Iaitu geng-geng melepak yang merokok, ponteng sekolah dan gengsterism.   

3.  Apabila telah remaja, anak-anak ini tidak akan mahu membantu ibu bapa berniaga di pasar malam.  Sebaliknya dia akan memberi helah hendak buat homework di rumah.  Walhal, apabila ibu bapa tiada mereka akan berpelisiran di luar rumah.   Pergaulan mereka semakin bebas.   Nauzubillah, paling menyedihkan mereka akan merobah identiti perempuan menjadi pinkid dsbg.  Kerana masyarakat kurang sikit pandang serong jikalau anak lelaki remaja pulang dinihari.  Itu yang rancak menjalin hubungan cinta sejenis bagi mengelakkan membunting anak haram.

4.  Mereka sedia melarikan diri dari rumah apabila ibu bapa menegur demi kebaikan.   Tetapi waktu itu sudah terlambat.   Mereka telah mempunyai strategi tersendiri cara menyelesaikan pemasalahan hidup.  Formulanya senang sahaja, janji dapat handphone, makan, tempat tinggal dan membonceng cukup.   Halal haram cara bagaimana untuk mendapatkannya tolak tepi.  Janji enjoy beb...

5.  Cara melarikan diri daripada tension senang aje clubing, hidu gam atau dadah atau estacy.  Lupa segala masalah.  Tanpa mereka sedar bahawa ia akan menjadi lebih parah.  Dan boleh melangsungkan kehidupan sebagai gelandangan.  Khususnya apabila telah dibuang oleh keluarga.

Maka, saya tercari-cari jawapan bagi mengatasi cycle life masalah dan virus masyarakat ini.

InsyaAllah ini alternatif nya iaitu mengasuh anak-anak sedari kecil menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka.   Bagaimana anak yatim dalam usia kanak-kanak lagi mengambil upah mengembala kambing bagi membantu kehidupan keluarga bapa saudaranya.   Walaupun masyarakat Jahiliyah ketika itu mengalami masalah sosial, tetapi Rasulullah telah digelar sebagai Al-Amin.   

Malah kini, ada ketikanya murid yang baik akhlaknya sering dibuli.   Maka tenteramkan anak-anak kita boleh mempertahankan diri demi keselamatan.   Namun bayangkan bagaimana cabaran yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW ketika peringkat awal pengislaman di Mekah.   Sungguh menyedihkan.   Beliau dicerca, dilontar dengan batu dan sebagainya.   Apakah cara Nabi Muhammad SAW mencari ketenangan dari segala cubaan itu?   Ya... beribadah kepada Allah.   

Oleh itu, anak-anak yang menghayati siroh Nabi Muhammad S.A.W. akan cemerlang pada sudut EQ dan IQnya.  Jikalau diamati juga, ramai anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan utama Negara adalah daripada kalangan latar belakang keluarga nelayan, petani dan tukang sapu.  Yang hidup sekadar cukup pakai.   Namun mereka amat menekankan rezeki yang halal, kelangsungan amalan ibadah kepada Allah dan hubungan dengan masyarakat di jaga.  Rutin kehidupan mereka mengikut norma-norma budaya insan.  Malam rehat.  Awal subuh cergas mencari rezeki.  Tanpa mengabaikan tuntutan ibadah kepada PenciptaNya.

Kesimpulannya, elakkan daripada melanggar norma-norma kitaran hidup seorang insan Khalifah Allah.  Amalkanlah cara hidup yang berasaskan Sunnah dan Syariat.  Insya-Allah kita mampu menjaga ahli keluarga tersayang daripada unsur-unsur negatif ini.   Memang kita tidak berupaya mengawal persekitaran, namun Allah telah memberi keupayaan kepada kita mentadbir urus Khalifahnya yang ada dalam rumah kita.   Semoga diri kita dan ahli keluarga kita menjadi agen perubah atau sinar dalam kegelapan masyarakat pada zamannya kelak.   Menerusi jalan contoh dan teladan ke arah kebaikan agar menjadi ikutan kelompok yang berdampingannya.   Semoga zuriat kita terus memiliki sifat-sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah dalam melayari kehidupan fana ini. 

Nota :  Penulis berpengalaman dalam program kesukarelawanan komuniti jalanan sehingga berjayanya penubuhan Rumah Nur Salam (pusat sehenti selamat untuk anak-anak gelandangan di Chow Kit) dan Rumah Sinar Salam (pusat sehenti untuk wanita bermasalah sosial di Chow Kit).  

Sumber  Rujukan: 
"Dilema bawa anak berniaga lewat malam" tulisan Siti Aishah Yusoff, Utusan Malaysia (MEGAfokus), 29 Mac 2012, Khamis - mukasurat 2.


Rabu, 28 Mac 2012

TAKWIM AKTIVITI

Seperti yang dijanjikan,  berikut ini saya sertakan contoh Takwim Aktiviti Taska i-Cemerlang yang melibatkan penglibatan ibu bapa anak-anak Taska yang harmonis dengan usaha-usaha pihak Taska.



TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2012/2015

TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
JANUARI



Perkongsian 1 : Topik Perkembangan Menyeluruh


Spa Bayi (1)

FEBRUARI



Maulidur Rasul


Kembara Sains 1 : Bayi (bawah 2 tahun)

MAC



Majlis Pelancaran Kempen ‘Ibu/Ayah bacakan untuk saya’ oleh Presiden, Persatuan Taska Negeri Selangor.


Perkongsian 2 : Topik Merangsang Kecerdasan Pelbagai Anak Anda

APRIL



Kembara Sains 2: kanak-kanak (3 – 4 tahun)


Spa Bayi (2)

MEI



Sukaneka dan Sambutan Hari Guru dan Pengasuh


Latihan Kebakaran.

JUN



Sesi Bertemu Ibu bapa – Rekod “Saya Sudah Tahu ”


Kem Kraf dan Keluarga (2)

JULAI



Jamuan Hari Raya Peringkat Taska***


Spa Bayi (3)

OGOS



Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Taska

SEPTEMBER



Hari  Potensi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia


Majlis Pelancaran Penutup  Kempen ‘Ibu/Ayah bacakan untuk saya’  oleh Ketua Pengarah, Perpustakaan Awam Negeri Selangor.

OKTOBER



Pendaftaran Kem Kraf dan Keluarga


Spa Bayi (4)

NOVEMBER



Pendaftaran Kemasukan 2013 bagi kanak-kanak 3-4 tahun sahaja. 

DISEMBER



Hari Keluarga Taska (termasuk ibu bapa & kanak-kanak)


Pendaftaran Kemasukan 2013 bagi bayi dan kanak-kanak tatih.


Kem Kraf dan Keluarga (1)

PUPUK RASA MINAT SUBJEK SENI DI KALANGAN PELAJAR

SUBJEK SENI dewasa kini agak di pinggirkan pada peringkat Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.   Seingat saya sejak dulu lagi.  


Pada entry hari ini saya ingin berkongsi pengalaman lalu.  Pada waktu peringkat remaja,  ketika dalam Tingkatan 4.  Saya mendapat Aliran Sains.  Tetapi minat dan kecintaan saya kepada sastera dan seni kreatif sungguh menebal.  Atas desakan orang tua, saya ikutkan.  Masuk kelas Sains.  Namun dalam diam saya merayu kepada Guru Besar agar dapat memasuki Sains Perdagangan.  Alhamdulillah.  Saya perolehi apa yang saya kehendali dan cintai.  Lalu aktiviti Kurikulum saya aktif dalam Persatuan Seni Kreatif dan Persatuan Sejarah.   Sungguhpun tidak pernah menghadiri kelas Seni Lukis, saya pernah mendapat beberapa hadiah utama dalam Pertandingan Seni Kraf dan Penulisan Sajak, walau pun di peringkat sekolah. Adui! persaingan daripada kalangan pelajar Sastera bukan calang-calang orang.   


Hasilnya, cara pemikiran saya memang kritis.   Oleh itu jiwa dan kerjaya saya tidak seperti kebanyakan rakan-rakan sebaya yang menjadi usahawan, guru atau dalam erti kata lain bekerja sebagai kakitangan kerajaan.  Sebaliknya saya memilih bekerja dengan NGO.   

Di NGO, seorang staf mengalas tanggungjawab isu yang besar.   Saya perlu mempraktikkan kemahiran berfikir, analisas dan strategik.  Kemudian mengerjemahkan dalam penulisan memorundum atau kertas projek dan sebagainya.    ADa MASanya pula, saya perlu meluahkan mesej kempen dalam bentuk seni visual sama ada poster atau lakaran kartun.


Jikalau diimbas kembali bidang tugas semasa di NGO dulu, sememangnya saya seorang individu yang memiliki keseimbangan IQ dan EQ.   Perkembangan HOKA dan HOKI saya adalah holistik.  Juga melibatkan 9 aspek kecerdasan  pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner.  


Alhamdulillah saya mampu membuat penyesuaian psikologikal pada setiap peringkat pemasalah hidup kerana konflik emosi.   Kini, saya mengguna pakai kaedah seni visual bagi menanamkan kecintaan kepada sesi ilmu kepada 2 orang putera saya,  dalam peringkat awal remaja.   Saya kelaskan mereka ini adalah pelajar sederhana dalam pencapaian akademik.  Iaitu dari segi IQnya.   

Sungguhpun demikian setelah 36 bulan menjadi ibu sepenuh masa, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi melihat pencapaian dari segi perkembangan jasmani, emosi dan rohaninya.  Pada mengamatan saya  mereka memiliki nilai-nilai menjurus kepada Komponen Ketrampilan Diri , Tunjang Kemanusiaan  serta Tunjang Sains Teknologi (mulai menunjukkan kemajuan).  


Sumbangan saya kepada pihak sekolah adalah memberi feedback kepada para guru anak-anak saya ini bahawa mereka dalam proses kematangan untuk menyerap kemahiran penaakulan.  


MORALNYA:


Sebenarnya kemahiran seni amat membantu individu menjadi seorang yang kreatif dan kritis serta berjiwa penyabar dalam menhadapi sebarang masalah.   Mereka ini seorang yang teliti dan prihati dalam segala segi.  Khasnya mementingkan hasil yang bernilai tinggi.  Dalam erti kata lain fokus kepada produktiviti.   Justeru itu saya amat menyokong usaha murni YB Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seperti dalam petikan berita UTUSAN MALAYSIA, Rabu, 28 Mac, 2012. Dalam Negeri. m/s : 21.


Jadual : Konflik emosi dan ciri-cirinya.


Peringkat konflik
Ciri-ciri Perkembangan Emosi

0-1½ (bayi)
Kepercayaan lawan
ketidakpercayaa

 Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama
 membina rasa kepercayaan secara peringkat
 membina rasa  ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat
dipenuhi
ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negati

1½-3
(awal kanak-kanak)
Autonomi Lawan
Malu/Rag

 Keinginan memiliki kuasa
 keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri
 merasa malu jika tidak diberi kuasa
 merasa malu didepan orang
 merasa takut melakukan kesalahan
3-6
(awal kanak-kanak
tadika)
Inisiatif lawan serba salah
 belajar cepat
 bergerak cepat
 peka kepada yang betul dan salah
 merasa serba salah jika ketawa
 membina sikap negatif jika merasa serba salah

6-11
( kanak-kanak)
kerajinan lawan
kompleks lawan
rendah diri

 keinginan menguasai sesuatu
 keinginan berjaya
 menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial
 memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas
yang disempurnakannya
 merasa komplek rendah diri jika dikritik

12-20
(remaja)
Identiti lawan
keliruan identit

 Cuba memahami diri
 menghadapi krisis identiti
 sensitif kepada perubahan badan dan imej diri
 membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif
 perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat 
peringkat dahulu
21-25
(Awal Dewasa)
Kemesraan lawan
keterasingan

 berusaha terus mencari identity
 berusaha membentuk ikatan kemesraan
 sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan,
terus keterasingan


26-60
 Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi
berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti
 individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian
yang bermakna

61 ke atas
 Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang
berharga
 orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan
takut mati

Selasa, 27 Mac 2012

RAGAM BAYI kurang 3 bulan


Peristiwa 26/Mac/2012, jam 8.15 pagi.  Lokasi di ruang tengah rumah emak.

            Rania (46 hari) menangis.  Ibunya sedang mengikat tali barut.  Hampir selesai.  Ibu terus cuba menenangkan dengan menepuk-nepuk dada Rania.  Tetapi tangisannya semakin kuat.   Membalut badan Rania dengan tuala, lalu memangku dan cuba menyusukannya.   Tangisannya bertambah.  Lalu ibu mendokong Rania sambil "Syoo...syoo" panjang.  Rania terus menangis.  Ibu duduk di bangku lalu  cuba sekali lagi pelawa Rania menyusu.  Namun tangisan Rania terus kuat.

Melihatkan Ibu mulai tidak tentu arah.  Saya pun menghampirinya.  Ibu terus mengulurkan Rania kepada saya.  Tanpa saya minta.  Itu bukan matlamat saya.  Tujuan sebenar saya menghampirinya adalah untuk melihat reaksi Rania dengan lebih dekat.  Gagal.

Lantas saya menyambut Rania.  Saya mendokong Rania sambil menepuk-nepuk perlahan di bahagian dada dan bahagian kedua-dua belikatnya secara bergilir-gilir.   Dengan kiraan 30.  Kemudian saya baringkan Rania.  Lalu menepuk perlahan perutnya.  Opss.  Rania kembung rupanya.

Rania terus menangis.  Mata saya memerhatikan reaksi Rania yang sedang menangis kuat.  Manakala tangan saya pantas menyapukan minyak Telon ke kedua-dua betis dan tapak kakinya.   Saya membuat urutan 9 di belakang betisnya.  Di selangi dengan urutan lurus ke bawah dari lutut ke hujung kakinya.

Sepanjang sesi berkenaan saya terus bercakap dengan Rania.  "Rania, baikkan.   Sabar lah.  Mak Long nak tolonglah ni.   Kita urut dulu.  Biar angin dalam perut tu keluar.  Nanti legalah."  Banyak lagi lah.. celoteh saya.

Ibu mertua menegur dari bilik.  "Dokonglah budak tu dulu.  Kenapa biarkan budak tu nangis?"

Saya tidak menghiraukan kata-kata tersebut.  Sebaliknya saya fokus dengan urutan 9 kanan 9 kiri dengan kiraan 9 juga.

Selesai.  Alhamdulillah.  Rania tercirit sedikit.  Di iringan angin.  Dengan pantas saya membersihkan bahagian genetalnya dengan tisu basah.  Sapu cream sbb ada ruam lampin.  Lalu memakaikan lampin pakai buang.  Selepas itu pakaikan baju.  Tanpa membutangkan baju tersebut.

Sekali lagi saya mendokong Rania.  Rania masih menangis.  Saya menepuk belakang bahagian dada dan bahagian kedua-dua belikatnya.  Sambil berselawat.  Saya perhatikan mata Rania hampir pejam.  Tapi dia kelihatan tidak selesa.   Saya tepuk perlahan tepi perutnya.  Bunyi angin telah berkurangan.  Keadaan perutnya tidak setegang tadi.
Tepukan belakang terus dilakukan sambil mendodoi Rania.

Kini nada tangisan Rania semakin mengendur.  Saya melihat muka Rania di bahu kanan saya.   (Senyum. Lega)  Telah keluar seketul tahi hidung dari lubang hidung kiri dan mengalir hingus likat dari lubang hidung kanannya.   

"Rania sesak nafas sebab hidung tersumbat ye.."  Rania membuka mata sedikit.  Tangisannya pun berhenti.  

Saya baringkan Rania.  Semasa hendak memasukkan butang yang terakhir.  Rania menangis nyaring.   Saya tergelak.  Dapat merasakan bahawa Rania sebenarnya hendak tidur, mungkin kurang selesa kerana tidak berbedung lagi.   Selesai mengenakan butang baju.  Saya terus membedungnya.   Pada waktu itu saya minta Ibu mandi.  Dan saya akan menidurkan Rania.  Ibu berlalu pergi meninggalkan kami.  

Rania saya pangku.  Dengan selawat dan bacaan ayat Surah Al-Kursi dan Surah An-Nas. Rania terlena pada pangkuan saya.  Dia tidur dengan tenang.   Kemudian saya meletakkan Rania di atas tilam.  Bacakan doa tidur.  Kemudian tutupi bahagian kepala hingga umbun-umbunnya.  

Alhamdulillah.  Selesai semua urusan.  Ibu menghampiri saya, meluahkan perasaan menggunakan bahasa isyarat.  

 "Susah hendak pujuk Rania macam yang Kak Long buat sebab saya tak boleh cakap.  Saya hanya boleh dokong dan susukan aje"

"N (bukan nama sebenar) boleh dengar sikit-sikit kan."  

Ibu mengangguk.

"Suara boleh keluarkan"

Ibu mengangguk lagi.

"Jadi cakap aje.   Walaupun tak  orang lain tak faham,  Rania faham.  Sebab N yang ngandungkan dia."  Sebak.

"Dia tahu apa yang ada dalam hati N"  Tangan kanan saya menyentuh dada sendiri.  N tersenyum.  Yakin dan Faham.


Moral:

1.   Ibu muda amat memerlukan sokongan moral.  Khasnya dalam tempoh berpantang.   
2.   Kita selaku ibu perlu bertindak secara kreatif ketika menenangkan bayi.  Perlu diubah    
      tindakan kelaziman  bayi nangis dokong/susukan.
3.   Tindakan yang diambil perlu peka dengan reaksi dan maklumbalas serta perubahan      
      keadaan bayi.

Renungkan lah penyataan dari http://bustamkamri.blogspot.com/  ini ;
Cara Menangani Bayi dan Tatih
Bayi tidak memerlukan disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk memenuhi keperluannya dengan cara itu dapat memberi kepercayaan ke arah prasyarat proses sosialisasi.
Kadangkala bayi hilang kawalan, mengambarkan rasa tidak selesa atau merasa tekanan. Hal ini bukan masalah tingkahlaku. Bayi mungkin memerlukan kemesraan dan dakapan untuk membantunya mengawal keadaan.

Insya-Allah, jumpa pada entry yang berikutnya.....

Misi Ramadhan 1445H

Salam Ukuwah. Alhammdulillah.   Dengan izin Ilahi dapat bertaut kembali dengan blog saya ini.    Oleh itu saya akan berkongsi insight berken...